Wednesday, January 30, 2008
Thursday, January 24, 2008
.:PETANG YANG DINGIN:.

Sepetang itu..
Semusim Di Neraka: Semusim Di Neraka sentiasa menyokong Natasha Hudson.*Gelak jahat*
Adli pacak: Saya menyokong Natasha Hudson kerana dier lawa dan cantik wakakakaka :D
Nizuri: Mulut Natasha Hudson berbau..
Aku: mana kau tau mulut dia berbau ni?..engko ni spoil la..
Nizuri: ko tak tau?..sambil hisap rokok
Aku: aku memang tak tau...engko?..
Nizuri: aku pun tak tau..ahahahaha
Wednesday, January 23, 2008
.:ADVENCER ABG GOMEN:.

Monday, January 21, 2008
.:BERANAK:.

nizuri: oh..nampak itu. itu helang.
kami: mana ?..oh..seraya kami memandang ke atas
qadir: aaakkkk..aaakkk...qadir cuba membuat bunyi helang. helang yang gersang..thehehe
kemudian..
nizuri: itu mesti tempat eagle feeding. sambil sedut air neskafe ais.
kami: hahahaha..
nizuri: nah..makan ayam ini..kata beliau merujuk ayam= nizo.
nizuri: oh..helang jangan bagi makan ayam..nanti tak boleh beranak..
adli pacak: helang beranak pon boleehh..sambil membuat isyarat bagus..
kami: ketawa..seraya berkata " bertelur laa"..
*moral- tengok Discovery Channel
Thursday, January 17, 2008
.:MENCEBIK:.

.:TENANGKAN ARI-ARI:.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Inderapura resort (09-4267666 / 09-4267669) dan Chief resthouse (09-4226941)
Informasi mengenai Daerah Pekan, Pahang, klik sini.
Monday, January 14, 2008
.:GULA-GULA FANTASIA:.
zaidi & pacak: oh..ok..
zaidi: aku ada cite mistik arr
zaidi : toilet kat opis aku lagi satu 'gore' jugak la..
nizo & pacak : apsal oih..serentak
zaidi :..yelah..tempat kencing tu membelakangkan toilet..
nizo : hmmm..? sambil menyalakan rokok
zaidi :..opis mate aku bagi tau..masa dia kencing..ternampak juraian rambut kat bawah daun pintu toilet tu..makin lama makin panjang...
nizo & pacak : ...diam membisu....
zaidi : bayangkan aku di situasi yang sama..mau aku lari siut..
zaidi : tapi masa aku nak lari..daun pintu masuk toilet tertutup..bayangkan juraian rambut tapi sentap kaki aku..
zaidi : terus masuk dalam lubang jamban..
nizo & pacak : ...diam membisu....
zaidi : gila la...sambil hirup nescafe.sejuk
nizo : diam jugak..jadi apa moral cite ko ni?
zaidi : moral cite ni ......
jangan kencing berdiri
.:SIRI BERCAKAP DENGAN RAKSASA:.

cerita di atas memang tiada kaitan langsung dengan makcik tahi dan kedai tahinya ataupun hal nizo yang terpaksa kerja shift malam sorang-sorang..awas..ada mata yang memerhati..
ahahaha...
Sunday, January 13, 2008
.:ENGKAU SELSEMA?:.

Selsema
Selsema merupakan penyakit yang paling kerap ditimbulkan kepada ahli farmasi komuniti. Simptom-simptom penyakit ini melibatkan saluran pernafasan atas (dari saluran penafasan yang dinamakan bronkus ke hidung). Penyakit ini biasanya akut dan boleh sembuh dengan sendiri dan selalunya disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Saluran pernafasan atas merupakan tempat jangkitan utama dan biasanya berlanjutan selama 7 hari. Simptom selsema biasanya melibatkan salah satu atau kombinasi tapak-tapak jangkitan saluran pernafasan iaitu hidung, keronkong, laring dan bronkus. Walaupun selsema boleh sembuh dengan sendiri, ia mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tumpuan terhadap kerja. Oleh itu, orang ramai selalunya akan mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan simptom selsema. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak lebih mudah mendapat selsema berbanding orang dewasa. Di sini, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu para pesakit memilih dan menggunakan produk-produk rawatan selsema dan batuk.
Simptom-simptom
Simptom-simptom penyakit selsema termasuklah batuk, bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala, sakit kerongkong, peningkatan suhu badan, sakit telinga, mata berair dan kesejukan (menggigil).
Kebanyakan pesakit akan mengalami hidung berair, biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat. Penyumbatan hidung berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung.
Iritasi, penyumbatan hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin. Batuk mungkin berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Refleks batuk dan bersin adalah mekanisma pertahanan badan yang biasa berlaku untuk memastikan saluran pernafasan ke paru-paru bebas dari bendasing dan pengumpulan kahak.
Sakit kepala berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinus.
Pesakit selsema juga biasanya akan mengadu panas badan. Tetapi secara amnya suhu badan tidak akan meningkat dan akan sembuh dalam masa seminggu.
Kerongkong menjadi kering dan sakit semasa selsema dan kemungkinan merupakan tanda awal selsema berlaku.
Simptom selsema biasanya berlanjutan selama 7 hari. Sesetengah simptom, seperti batuk, mungkin masih berlaku walaupun selsema telah sembuh.
Bagaimana anda diserang selsema?
Cuaca yang sejuk akan melemahkan pertahanan badan. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Lemah badan.
Terdedah kepada virus selsema.
Pernah mendapat jangkitan atau reaksi alahan.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Anda harus berjumpa dengan doktor jika:
Anda mengadu berasa panas dan menggigil kesejukan, sakit otot dan badan. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika suhu badan meningkat melebihi 38.5oC yang disertai dengan batuk berkahak.
Sakit dada.
Jangkamasa simptom berlanjutan melebihi 1 minggu.
Batuk yang berdarah.
Sakit pada bahagian muka atau bahagian hadapan kepala. Kemungkinan disebabkan oleh sinusitis (sakit pada keliling mata).Kesakitan yang teruk pada kerongkong terutamanya pada kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Streptococcus’.
Anda mempunyai sejarah:
- Asma
- Jangkitan Streptococcus
- Bronkitis kronik
- Demam reumatik
- Penyakit paru-paru kronik
Apa yang perlu anda lakukan?
Pengubatan kendiri bagi selsema adalah bertujuan untuk melegakan simptom-simptom selsema. Tidak terdapat sebarang rawatan dan remedi yang spesifik untuk menyembuhkan selsema. Matlamat rawatan selsema adalah untuk melegakan simptom, mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit dan mengelakkan komplikasi.
- Secara amnya, berehat dan mengelakkan keadaan sejuk dapat membantu melegakan rasa selsema. Anda perlu meningkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan) dan membantu pengeluaran kahak. Anda digalakkan menyedut wap untuk melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pengeluaran mukus, membuang hingus dengan lebih dan jangan merokok. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur atau air garam beberapa kali sehari boleh membantu melegakan radangan pada kerongkong. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak tertelan ubat kumur yang digunakan. Anda juga digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan daripada diserang selsema. Bagaimanapun, jika simptom berlanjutan lebih daripada 10 hari atau mula berlakunya komplikasi, anda haruslah berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor anda.
Thursday, January 10, 2008
.:REPORT IN, TEAM !!:.
Tuesday, January 08, 2008
.:CEMAS:.

Tuesday, January 01, 2008
.:SELAMAT TAHUN BARU 2008:.
.:MARI BERCUTI:.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
semoga kalian dimurahkan rezeki dan keberkatan sepanjang hidup kalian.