Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, January 13, 2008

.:ENGKAU SELSEMA?:.

Pagi Isnin yang mula menonjolkan diri memaklumkan yang hari itu aku perlu bekerja...yaaa..aku bekerja pagi dan tidak ada shift petang..serta aku tidak dapat buat OT. seperti setiap pagi hari yang berikutnya...aku selsema..tapi adakah aku seorang yang resdung?..


Selsema


Selsema merupakan penyakit yang paling kerap ditimbulkan kepada ahli farmasi komuniti. Simptom-simptom penyakit ini melibatkan saluran pernafasan atas (dari saluran penafasan yang dinamakan bronkus ke hidung). Penyakit ini biasanya akut dan boleh sembuh dengan sendiri dan selalunya disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Saluran pernafasan atas merupakan tempat jangkitan utama dan biasanya berlanjutan selama 7 hari. Simptom selsema biasanya melibatkan salah satu atau kombinasi tapak-tapak jangkitan saluran pernafasan iaitu hidung, keronkong, laring dan bronkus. Walaupun selsema boleh sembuh dengan sendiri, ia mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tumpuan terhadap kerja. Oleh itu, orang ramai selalunya akan mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan simptom selsema. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak lebih mudah mendapat selsema berbanding orang dewasa. Di sini, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu para pesakit memilih dan menggunakan produk-produk rawatan selsema dan batuk.


  1. Simptom-simptom

    Simptom-simptom penyakit selsema termasuklah batuk, bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala, sakit kerongkong, peningkatan suhu badan, sakit telinga, mata berair dan kesejukan (menggigil).

  1. Kebanyakan pesakit akan mengalami hidung berair, biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat. Penyumbatan hidung berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung.

  2. Iritasi, penyumbatan hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin. Batuk mungkin berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Refleks batuk dan bersin adalah mekanisma pertahanan badan yang biasa berlaku untuk memastikan saluran pernafasan ke paru-paru bebas dari bendasing dan pengumpulan kahak.

  3. Sakit kepala berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinus.

  4. Pesakit selsema juga biasanya akan mengadu panas badan. Tetapi secara amnya suhu badan tidak akan meningkat dan akan sembuh dalam masa seminggu.

  5. Kerongkong menjadi kering dan sakit semasa selsema dan kemungkinan merupakan tanda awal selsema berlaku.

Simptom selsema biasanya berlanjutan selama 7 hari. Sesetengah simptom, seperti batuk, mungkin masih berlaku walaupun selsema telah sembuh.


  1. Bagaimana anda diserang selsema?

  1. Cuaca yang sejuk akan melemahkan pertahanan badan. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

  2. Lemah badan.

  3. Terdedah kepada virus selsema.

  4. Pernah mendapat jangkitan atau reaksi alahan.


  1. Bila anda perlu berjumpa doktor?

    Anda harus berjumpa dengan doktor jika:

  1. Anda mengadu berasa panas dan menggigil kesejukan, sakit otot dan badan. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika suhu badan meningkat melebihi 38.5oC yang disertai dengan batuk berkahak.

  2. Sakit dada.

  3. Jangkamasa simptom berlanjutan melebihi 1 minggu.

  4. Batuk yang berdarah.

    Sakit pada bahagian muka atau bahagian hadapan kepala. Kemungkinan disebabkan oleh sinusitis (sakit pada keliling mata).

  5. Kesakitan yang teruk pada kerongkong terutamanya pada kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Streptococcus’.

  6. Anda mempunyai sejarah:

  1. Asma
  2. Jangkitan Streptococcus
  3. Bronkitis kronik
  4. Demam reumatik
  5. Penyakit paru-paru kronik


  1. Apa yang perlu anda lakukan?

    Pengubatan kendiri bagi selsema adalah bertujuan untuk melegakan simptom-simptom selsema. Tidak terdapat sebarang rawatan dan remedi yang spesifik untuk menyembuhkan selsema. Matlamat rawatan selsema adalah untuk melegakan simptom, mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit dan mengelakkan komplikasi.


  2. Secara amnya, berehat dan mengelakkan keadaan sejuk dapat membantu melegakan rasa selsema. Anda perlu meningkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan) dan membantu pengeluaran kahak. Anda digalakkan menyedut wap untuk melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pengeluaran mukus, membuang hingus dengan lebih dan jangan merokok. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur atau air garam beberapa kali sehari boleh membantu melegakan radangan pada kerongkong. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak tertelan ubat kumur yang digunakan. Anda juga digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan daripada diserang selsema. Bagaimanapun, jika simptom berlanjutan lebih daripada 10 hari atau mula berlakunya komplikasi, anda haruslah berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor anda.
diplagiat dari sini

3 comments:

akirasuri said...

uit!
selsema ka?

Zinnia Rum said...

ok. sejak bila blog kau ni jadi blog info kesihatan? dasar orang kerajaan... semua nak plagiat... hahah.

Anonymous said...

Kena pegi jumpa doktor la bro