Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, May 31, 2007

.:REMEH:.

uhh..sepanjang minggu ni ade la sedikit busan..mungkin aku kurang minum air pada hari-hari berikut..musim hujan dah kembali..Serdang dah sejuk tapi tidak dapat menyejukkan semangat Kelab Kembara Serdang yang nak travel dalam bulan 6 ni..cadangan ke Perak nampaknya ade sedikit masalah..lahanat...

Monday, May 28, 2007

.:LOGO RASMI:.


Kelab Kembara Serdang sedang mencari-cari logo rasmi..sebagai pengenalan diri jika kami membuat trip luar daripada Serdang.Sekarang ini aku memaparkan design yang aku fikirkan sesuai..jikalau kamu semua yang sedang membaca ni merasakan kamu lebih berbakat dari aku ini, adalah amat dialu-alukan kamu menghantar design yang kamu rasakan sesuai. Kemudian kami akan memilih calon design yang menarik bagi membuat sticker kereta, patches, tag, baju ahli kelab dan banyak lagi hatta ketua kampung pun akan menggunakan logo ini sebagai logo kedai burger beliau..ahahaha..ini semua untuk kamu juga tapi kena bayar ahh..apa kamu ingat semua ini free..lahanat..
ciri-ciri ciptaan logo KKS:
mempunyai unsur ketahanan
ringkas
juga boleh distensilkan

*design logo menggunakan Paint & Microsoft word 2003

Friday, May 25, 2007

.:GLOBAL WARMING:.



dah seminggu dah musim panas ni melanda..gila..nak buat camna..semua ni sebab kamu juga punya angkara terutama kamu yang sedang membaca tulisan aku ni...nafsu seks aku menurun sikit di kala tengahari..tapi perform kembali di malam hari..emm..tapi kelemasan akibat panas ni tidak kekal lama sekiranya kamu menyertai kelab kembara serdang..ya..nescaya kamu seperti gambar di atas..tenang dan menggembirakan..muahahaha

Thursday, May 24, 2007

.:SITUASI:.


ehehehh..perlawanan malam tadi menyaksikan Liverpool tunduk kepada AC Milan.. mengakibatkan sesapa yang sokong team kalah terpaksa menanggung risiko, manakala penyokong bagi team yang menang akan melolong kegembiraan. Tahiniah tahniah kepada yang berjaya memprovokasi kepada majikan nye supaya naik gaji agar masa depan nya terjamin..juga tahniah kepada yang berjaya melanjut pelajaran serta dapat biasiswa (duit cukai rakan²) ..juga tahniah yang dapat kerja atau semoga berjaya bagi yang nak apply kerja baru yang dekat ngan Serdang (susah budak serdang kerja jauh² ni)..hmm..juga takziah kepada yang kehilangan ..

Wednesday, May 23, 2007

.:OUTSTATION:.

outstation...outstation..outstation..dari kawan dulu kerja kat Nilai sampai la skang ni kerja kat UPM..asyik kuar je..tapi kawan tak kisah sebab kalau dulu pakai duit sendiri, kereta sendiri (huhuhuh) tapi skang ni kereta unit disediakan..kawan dah tak payah driving kereta sebab ade pemandu..kawan juga dibenarkan lepak di hotel² yang tidak kurang mewahnya..muahaha..kawan juga ade bermain bowling setiap bulan (di sponsor) serta ade sukan antara unit-unit lain..dan juga ade makan-makan dalam unit..free plak tuh..terima kasihlah kepada pembayar cukai terutama rakan-rakan yang bayar cukai kat luar sana..hmmm..kamu memang pembayar cukai yang sejati..

Tuesday, May 22, 2007

.:PAKAR:.



mesti ada masalah dalam hidup kamu dalam amalan hidup seharian..masalah kadang- kala boleh diselesaikan dengan sendiri..tapi lebih afdal jika masalah itu dikongsi bersama..jugak merasakan masalah kamu..akan membawa masalah kepada kami..hmm..adakah faktor komunikasi yang baik membawa ke penyelesaian masalah?..hhmm..memang..memang..memang kamu yang membaca retetan ini memang bermasalah..maka saya mengesyorkan kamu melayari blog adli dan nizam omar kerana mereka pun bermasalah seperti anda. Jalinkan hubungan serta bersama kecapi keindahan bermain layang-layang di petang hari.

.:SG.TEKALA (2003):.




mandi sungai memang menyegarkan..takde yang lagi bes bila mandi ramai² camni..disertakan dengan hidangan BBQ..ahahaha..kamu semua memang hilang akal.

.:MELAKA (2003):.


hahaha..kelab kembara serdang pertama kali mengadakan trip ke Melaka. Gila..masing-masing masih jambu ketika itu..

.:GIGIL:.


Trip ke Taman Negara sungguh menyeronokkan..tapi tak banyak tempat yang boleh kami pergi disebabkan masa, persekitaran serta kewangan yang menghadkan kami ke tempat yang lebih menarik lagi..tempat tinggal serta nasik goreng ayam yang marvelous..hm..cuma kami terkilan apabila penjual burger sanggup meninggalkan kedai burger semata-mata melayan AF5 ..cilake sungguh realiti tv ini. Kali ini kami nak mengadakan trip ke Gunung Nuang..juga akan mengadakan trip menjelajah gua..emm..kami akan terima ahli baru iaitu Adli (pacak) ..setelah terbakar akibat mendengar cerita-cerita karut dari ahli kelab kembara serdang..welcome

Wednesday, May 09, 2007

.:KERJAYA:.

hmm..diusia semakin dewasa ini, kita telah dihimpit dengan faktor yang memerlukan kita bekerja untuk memperolehinya. tak kira la kerja apa pun, yang penting perut kita dan anak orang yang nak kita pelihara perlu diisi. malah jika ingin memiliki aset sendiri pun, kita perlu bekerja..pelbagai kerja boleh dilakukan malah tahan dinding pun kerja jugak..tapi kalau boleh perlulah berkerjaya mengikut lunas agama serta tatasusila diri..pendapatan yang diterima akan menjadi darah daging sampai ke anak cucu. Kalau pendapatan diredhai..selamat dunia akhirat..kalau disebaliknya ...hmm..

Sunday, May 06, 2007

.:CHERITERANYA:.

Minggu lepas aku ulas pasal sapa hero anda..nampaknya ade respon dari blogger2 yang merasakan mereka boleh memberikan komentar mengenai kenapa perlu hero..Nizam & Nizam sedikit sebanyak memberikan komen kenapa mereka merasakan siapa hero..berlaku konflik apabila kita tak perlu hero..sedangkan kita perlu hero dalam menentukan arah hala tuju hidup...?..semua itu persepsi masing². Kita sibuk untuk bertanggungjawab serta ingin menjadi hero untuk kebahagian orang lain..tapi bagaimana tanggungjawab kita terhadap Sang Pencipta?..adakah kita hero?..

.:ASTRO:.


mengikut komentar nizam nuri dalam blog beliau menyatakan yang beliau tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji beliau yuran astro baru-baru ini akibat pertambahan channelnya. Aku jua bersetuju dengan komentar beliau. Adalah berbaloi aku kena bayar lebih semata-mata ingin menonton tayangan tamil atau sukan golf?..damn..kalau tengok channel free, camna mak & abah aku nak tengok AF5?..lebih baik RM5-Rm15 digunakan untuk belanja kawan2 air minuman isotonik setelah penat bermain bola di siang hari..maklumlah minggu ni panas nak mampus.Alhamdullillah...

Friday, May 04, 2007

.:KAMPAI:.


aku amat berbesar hati dan bangga kerana rakan2 ku kini sudah berumahtangga berkerjaya..mari rakan2..kita kampai buat rakan kita Aini Jasmin di atas kejayaan beliau menjawat jawatan Landscape arkitek di salah sebuah firma di Damansara..yey.(tak tau la berita ini betul ke tidak)..papahal pun..jom.kampaaaiii..

Thursday, May 03, 2007

.:HERO:.


ahh..aku baru baca blog nizam nuri tadi..kelihatan beliau menintakan tentang ketidakwujudan hero melayu serta hero-hero buatan yang boleh membuatkan beliau tidak senang dengan propaganda² ini ..menurut pemerhatian aku..kewujudan hero itu penting dalam membentuk peribadi kehidupan seseorang itu...hal ini juga menyebabkan aku memilih untuk. jadi seperti CUPID..yaa..cupid adalah seorang hero..bagaimana pula dengan anda?..


---->sila nyatakan hero yang anda hendaki dan nyatakan kenapa?..