Friday, April 27, 2007

.:MARI BERPONCO:.

PONCO - merupakan gadjet yang kurang pentingnya bila masuk hutan, terutama hutan hujan tropika..penggunaan ponco penting agar memastikan kita tidak mudah basah apabila berjalan dalam hujan. Pemakaiannya agak merimaskan tapi kelihatan cool. Ponco juga boleh diconvert kepada khemah sementara agar kita boleh bermalam dimana2 , yang bersesuaian. Malah anda boleh merasakan dengan memakai ponco..anda seperti bersatu dengan alam sekitar.

+ untuk makluman: ponco tidak boleh dijadikan sebagai pelampung keselamatan dan juga tidak boleh dijadikan g-string ketika seluar dalam anda basah. Ianya juga tidak sesuai untuk dipakai di padang pasir.

.:JOM TANIK:.


jika anda merasakan petang anda busan..aku mengesyor anda menonton "Shaun the Sheep" mula jam 7.00 petang di channel 61. Cerita yang penuh emosi serta kasih sayang si gembala kambing biri-biri kepada biri-birinya. moral cerita ni..jangan pakai spender merah..nanti anda dicop sebagai manusia bernaluri songsang...muahaha

Sunday, April 22, 2007

.:GIVE IT TO ME..YEAHH:.


Setiausaha Mesyuarat Pusat APEEC meminta aku mencari maklumat serta kursus-kursus yang boleh dijalankan sepanjang tahun ni..ini kerana APEEC nak membangunkan prospektus bagi aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ni (2007). Ahh...pagi tadi dah jalan2 area Serdang disebabkan nak cari idea apa kursus yang boleh aku 'upkan' unit aku nih..emm..cuma tinggal 17 hari untuk jalan-jalan cari pasal ke Taman Negara Pahang...wohh..wohh

Wednesday, April 18, 2007

.:SEJUKNYA:.

Sekarang ini musim dah tidak menentu..kadang kala hujan kadang kala panas..selalu jugak aku batuk² nih..kekadang selsema. nasib ahh kat opis ni sejuk sikit. Menurut kalender Kelab Kembara Serdang, pada 10-13 bulan 5 ni kami akan buat trip ke Taman Negara, Pahang. Buat masa ni , kena siapkan kerja masing² agar tak bertimbun bila balik nanti..hmm..aku plak skang ni tengah merangka untuk aktiviti yang akan dibuat bila tiba disana nanti..tapi rancangan ni bila sampai sana baru tau apa nak buat. maybe mereka seperti gambar diatas ini akan membuat sesuatu pada unggas² di Taman Negara?..ntah ahh

Monday, April 16, 2007

.:KELAB KEMBARA SERDANG-MELAKA:.

ari tu aku nak kena balik kampung sebab sedara semua ada sana..disebabkan adik aku tak nak follow terpaksa ah aku ajak sebahagian ahli kelab kembara serdang merantau kat kg aku di Gadek, Melaka. Disebabkan pegi naik keta aku..yang sempat aku ajak cuma Qadir, Wafi, Wan dan Nizam Nuri (kepada ahli lain minta maap, mungkin barangkali aku berangapan yang kalian sibuk time tuh). Bertolak kul 8.30 pm dan tiba dalam jam 11pm. Singgah kg, mkn2 daging bakar n coleslow then kami rancang nak mandi air panas yang jauhnya cuma 300 meter dr kg aku. Umpama bermandi sauna..ini pengalaman kami berendam dalam air panas..perghh.keesokan hari kami ke Bandar Hilir Melaka sebelum singgah ke kg Qadir. Pastu sampai KL, singgah Alamanda wafi pegi beli kasut, aku leh layan toilet n petang kami main bola. Mlm aku reput. Sekian

.:HAPPY BESDAY ( 2 APRIL 2007 ):.


Emm..umur dah meningkat menjadi 25 tahun..perkembangan terkini aku dah dapat kerja goverment (UPM).. muahaha..aku kena sesuaikan diri dari dah biasa round² site ke duk lepak dalam opis upgrade blog dan YM..huhuhu..alhamdullillah..murah rezeki aku..nasib ahh tahun ni aku x kena punk'd dengan kelab Mental Serdang..pergh..serik aku tapi best..muahaha..HAPPY BESDAY TO ME ( 2 APRIL 1982 )

Thursday, April 12, 2007

.:SELAMAT BERTUNANG ZAIDI & NUR AIMI:.

Selamat Tahun Baru Cina...yee..pada 18 Februari 2007 merupakan tarikh keramat ni juga aku mengikat tali pertunangan dengan Nur Aimi Abdul Rahim.Upacara yang ringkas tapi meriah ini disertakan dengan majlis sambut menantu bagi bakal abang iparku. Ingin mengucapkan banyak² terima kasih diatas kesudian kalian yang menghadiri dan memeriahkan majlis kami. Semoga panjang umur dan bahagia selalu..pompak..pompak..pompak..

.:KELAB KEMBARA SERDANG-GUNUNG IRAU:.

Kali pertama kali menjejaki Cameron Highland, kami hanya berkeliaran disekitar Tanah Rata dan Brinchang. Tapi kini kami berkeliaran ke kaki gunung Irau sebelum membuat keputusan untuk menakluk puncak gunung Irau tanpa persediaan dari segi fizikal dan mental. Pelbagai halangan dan rintangan, kami berjaya menawan puncak serta mampu berjalan pulang (aku tau cite ni rip off). Oleh itu, kami bercadang akan menaklukinya sekali lagi..dan Gunung Irau ..tunggu lah ..wohhwohh..

.:KELAB KEMBARA SERDANG-PENANG:.


Kelab Kembara Serdang buat trip ke Penang. 8 jam dalam keretapi tanah melayu..memang sengal sampaikan kami dihalau dari meja makan dalam koc sebab terlalu leka bermain kad. Tempat penginapan marvelous serta penuh ngan aktiviti liar (kul 3am onward)..muahahaha..Kami sewa motosikal (rm 30 semalaman)..lalu kami berkeliaran pergi ke Bukit Bendera serta pekan-pekan yang berdekatan dengan bantuan navigator kami, Ariep. Banyak pengajaran serta kegembiraan yang terbit. Kami akan datang lagi dengan lebih ramai ahli kelab yang akan turut serta..tunggu ahh Penang.. calooo.