Kerja yang aku kumpul banyak-banyak ari tu aku dah siapkan awal arr pulak..(gomen yang perform) ..aku buntu..takde idea nak update blog aku ni sebab kamu yang sentiasa dahagakan files 3gp dari aku..temmade..cam tak berbaloi semalam..sempat pulak aku pergi gath kecil-kecilan ngan rakan2 sekolah..gila..banyak cerita yang nak diperkatakan..aku ngan sebahagian team kembara serdang datang sama-sama tengok bola...Sila baca KOSMO! jika kamu nak tau keputusannya malam itu. Hari bersejarah buat aku pasal lama tak jalan round-round naik motosikal, bawak pelan-pelan dengan membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa membelai muka qadir yang menjadi pembonceng aku masa tu..(qadir siap roket mlm tuh)...isi minyak motor kat stesyen minyak, pam tayar motor dan dapat start motor pakai kick start..biarkan kengkawan yang konvoi sama tunggu kitorg lama2..hmm..camna kamu premature ejaculate..so camtu la feeling dia masa bawak motor nih..ahaha.. aku bukan rider macam kamu..bawa moto laju-laju seperti kuzi..tau ahh kamu mempunyai motor yang mempunyai kuasa..ya..kuasa..malah pakai sport rim plak tuh..kamu memang ade duit..jadi kenapa kamu tak boleh belanja aku makan nasik lemak berlaukkan sotong?..lahanat
Tak banyak cerita pasal aku..cuma gemar duduk rumah sambil membayangkan kehidupan dimasa hadapan. Tak la pulak aku termenung mengenangkan hal silam..cuma boleh juga dijadikan iktibar supaya tidak berulang dikemudian hari. Aku terfikir..adakah aku ditakdirkan untuk berfikir begini atau aku boleh mengubah takdir dengan memikirkan benda lain?..Semua orang ade perasaan, terlintas juga kenapa orang boleh takde perasaan sedangkan perasaan boleh berubah-ubah?...Aku masih menyendiri dalam melayani perasaan yang tidak sudah-sudah..esok-esok banyak kerja yang perlu dilakukan, sedangkan kerja itu bukan seratus-peratus kita buat sebenarnya..perut yang lapar perlu diisi..duit?..emm..masalah jugak tu... ~to be continue~
Tidak akan membuat apa-apa jenis kenyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat mengenai operasi blog, maklumat, isi kandungan, bahan-bahan atau produk-produk yang ada dalam blog ini. Mengikut skop kebenaran daripada undang-undang yang bersesuaian, akan menafikan segala jaminan (yang nyata atau tersirat), termasuklah mana-mana jaminan tersirat mengenai kemampuan pedagang, penyesuaian yang dibuat untuk tujuan tertentu, atau bukan pelanggaran hak. Walaupun maklumat yang diberikan diyakini tepat, namun ia mungkin masih mempunyai kesalahan atau tidak bertepatan, tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kesulitan (secara langsung atau tidak langsung), kesulitan sampingan dan akibat daripada kesulitan itu yang timbul daripada penggunaan laman blog ini. Sila rujuk pada pemilik asal blog (yang telah dikreditkan) berkenaan untuk mengetahui tawaran harga terkini dan informasi produk-produk mereka.
3 comments:
apasal aku terasa posting ni berbau emo longkang?...
memang baru longkang tersumbat skit hahahaha :D
biadap. tak ajak.
Post a Comment