thehehe..pasni aku bakal bergelar suami yang hot..yeah..aku "kemungkinan" akan kurang melepak malam-malam seperti biasa..dan tidak boleh boros² cam aku bujang dulu..23 Februari 2008 bakal munculadakah aku bersedia?..thehehehe
thehehe..pasni aku bakal bergelar suami yang hot..yeah..aku "kemungkinan" akan kurang melepak malam-malam seperti biasa..dan tidak boleh boros² cam aku bujang dulu..23 Februari 2008 bakal muncul
Sempena tahun tikus yang berbahagia ini dan sebelum aku cuti...ingin sekali mengucap :
sedang sungguh bercerita sambil mengeteh di Molan..
biasa la bila tengah-tengah bulan..memang sangap..tambahan pula tengah musim panas..uhh..semalaman kami melepak di kedai mamak..melihat kelibat punggung yang berulang -alik..thehehe..lawa lagi rupanya "gadis-gadis jadian" ..thehehehe..kemudian kami sambung perbincangan kami kembali. Nizuri dah kupas mengenai kes suara azan dalam salah satu lagu terbaru mars volta di sini.
satu hari..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Pagi Isnin yang mula menonjolkan diri memaklumkan yang hari itu aku perlu bekerja...yaaa..aku bekerja pagi dan tidak ada shift petang..serta aku tidak dapat buat OT. seperti setiap pagi hari yang berikutnya...aku selsema..tapi adakah aku seorang yang resdung?..Simptom-simptom
Simptom-simptom penyakit selsema termasuklah batuk, bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala, sakit kerongkong, peningkatan suhu badan, sakit telinga, mata berair dan kesejukan (menggigil).
Kebanyakan pesakit akan mengalami hidung berair, biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat. Penyumbatan hidung berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung.
Iritasi, penyumbatan hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin. Batuk mungkin berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Refleks batuk dan bersin adalah mekanisma pertahanan badan yang biasa berlaku untuk memastikan saluran pernafasan ke paru-paru bebas dari bendasing dan pengumpulan kahak.
Sakit kepala berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinus.
Pesakit selsema juga biasanya akan mengadu panas badan. Tetapi secara amnya suhu badan tidak akan meningkat dan akan sembuh dalam masa seminggu.
Kerongkong menjadi kering dan sakit semasa selsema dan kemungkinan merupakan tanda awal selsema berlaku.
Simptom selsema biasanya berlanjutan selama 7 hari. Sesetengah simptom, seperti batuk, mungkin masih berlaku walaupun selsema telah sembuh.
Bagaimana anda diserang selsema?
Cuaca yang sejuk akan melemahkan pertahanan badan. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Lemah badan.
Terdedah kepada virus selsema.
Pernah mendapat jangkitan atau reaksi alahan.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Anda harus berjumpa dengan doktor jika:
Anda mengadu berasa panas dan menggigil kesejukan, sakit otot dan badan. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika suhu badan meningkat melebihi 38.5oC yang disertai dengan batuk berkahak.
Sakit dada.
Jangkamasa simptom berlanjutan melebihi 1 minggu.
Batuk yang berdarah.
Sakit pada bahagian muka atau bahagian hadapan kepala. Kemungkinan disebabkan oleh sinusitis (sakit pada keliling mata).Kesakitan yang teruk pada kerongkong terutamanya pada kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Streptococcus’.
Anda mempunyai sejarah:
- Asma
- Jangkitan Streptococcus
- Bronkitis kronik
- Demam reumatik
- Penyakit paru-paru kronik
Apa yang perlu anda lakukan?
Pengubatan kendiri bagi selsema adalah bertujuan untuk melegakan simptom-simptom selsema. Tidak terdapat sebarang rawatan dan remedi yang spesifik untuk menyembuhkan selsema. Matlamat rawatan selsema adalah untuk melegakan simptom, mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit dan mengelakkan komplikasi.


sempena hari yang mulia ini (20 Disember 2007) , aku ingin mengucapkan :
| Powered by lexicool.com |