Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku. Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku.
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang kerja dalam hutan (tentera darat). Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah kamu dan aku...Dari dua orang ini... kamu SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih...Jadi sedarlah skit.... dahhhh.. pergi buat kerja...temmade...
7 comments:
kejadah lu. hahahahahhaha
bajet rajin. temmade...
datang molan awal ko ingat ko rajin la
temmmade
bak kata cik lesbian.... pegi kejela, kami yg membayar gaji anda melalui cukai
hahahaha
dah.... ahad ni boling jom utk menghilangkan tekanan kerja ko tu
hahhahahha sungguh bagus
ermm. sedikit kemuskilan, abis nizam ngan aku yang bersilat kerja tak dimasukkan lagi. nampaknya fakta kau tak betul. hahahah
ceh. bancian negara jamaica kau amik nih.
ntah... bukan kau ker yang slalu piang kijer hahahha :D
bukan ke abang zaidi termasuk dalam kategori yang 1,084,486 orang tu. hehehe
Post a Comment