Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 25, 2008

SAM TOWN

hmm..tengah plan untuk projek semasa puasa dan projek lepas raya..

tapi sebelum tu..

kita makan dulu. menu: BBQ daging kambing + ayam

Wednesday, August 13, 2008

INTRA MAMARI


Dulu hingga kini

Ceritanya sama lagi
Tanam tanam padi
Asyik dimakan burung kedidi

Mari mari dengar
Ceritaku kisah Abang Zaidi
Mempunyai seorang adik
Yang cukup lawa cik mek molek
Adiknya itu mata airku
Sorok sorok dariku

Memang aku tak kaya
Dapat beli kapal angkasa
Tapi aku gagah perkasa
Tewaskan musuh selaksa

Akan ku jaga dia
Bagai menjaga diri ini
Untuk masa itu dan ini
Agar dapat mi sekuali

Wahai Abang Zaidi
Sampai hati buatku begini
Ani sudah sudi
Mengapa kau pulak iri hati

Biar ku bahgia
Di samping dia adikmu ini
Bagaimana harus kubuktikan
Tidak kau terus sombong diri
Percayalah kataku ini
Niat aku memang suci

(Roll)

Memang aku tak kaya
Dapat beli kapal angkasa
Tapi aku gagah perkasa
Tewaskan musuh selaksa

Tak pernah aku termimpi
Segala kan jadi begini
Aku engkau tolak ke tepi
Tanpa kau merasa simpati

Niat aku memang suci
(Abang Zaidi)
Satukanlah cinta kami
(Abang Zaidi)
Jangan kau pentingkan diri
(Abang Zaidi)
Tak elok buat begini

GANTUNG KE TAK GANTUNG?


team valliers tempat ke 6 pada 2007.. tahun 2008?..aaa'aaaa

3 ON 3 Petronas 2007 dapat no 3...tahun 2008?...aaa'aaaa

AISYAH : IMPAK IMAGINASI

koleksi gambar ini merupakan gambar yang diambil sendiri oleh adik aku ketika menggunakan kamera PDA aku secara curi-curi..









imaginasi kanak-kanak..siapa yang tahu..

TEKNOT

selamat pagi

Monday, August 04, 2008

SELAMAT BERTUNANG

Tahniah kepada encik pacak bersama cik nana di atas majlis pertunangan mereka pada 2 ogos 2008. Semoga kalian berjaya menghadapi dugaan sebelum masuk ke fasa berikutnya...cing..cing

SELAMAT PENGANTIN BARU


selamat pengantin baru
hafdzuan & farah
11 Julai 2008
semoga berkekalan hingga akhir hayat

Wednesday, July 30, 2008


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali
pun tak khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat aku semayang.
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Wednesday, July 16, 2008

ROKOK KEMUT



tiada yang indah selepas bersarapan melainkan menghisap rokok kemut.

Tuesday, July 15, 2008

DARK NIGHT



yeah..tidak sabar rasanya mahu melihat batman: dark night yang akan ditayangkan pada 17 Julai 2008 ni. cerita batman terbaru ini menampilkan joker sebagai antagonis yang paling ganas yang penah aku tengok. kemungkinan joker mahu membalas dendam akibat kalah kepada batman pada pertandingan surfing yang lepas (lihat video)..thehehee

Monday, July 14, 2008

JOM MISTER MIYAGI

hmm..enak melayan kopi kapal api sambil melayan rokok di muka tingkap opis. sesekali mendengar lagu2 dari arwah bob marley..syahdu. hari mendung..dan kemudiannya hujan turun renyai2..terfikir seketika..damn it..baju aku jemur tadi tak angkat..argghhhh..

Wednesday, July 09, 2008

KLIK UNTUK BOGELKAN SAYA


ohh minggu ni jadual agak pack.baru saja melihat tapak projek ternakan kambing di tepian laut. sungguh cool. . tidak lupa juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat wan qc dan pasangan hidupnya, farah..kemungkinan aku pergi kedua-dua umah mamplei memperlai ini ..thehehehe..oh ya..bini aku masak sambal ayam hari ni..jangan jeles arr..

Monday, July 07, 2008

SANTAI



aku mahukan lagu2 mereka.album mesti ada untuk musim ini.

Monday, June 23, 2008

Wednesday, June 11, 2008

IDOL KAH AKU?

Monday, June 09, 2008

WISH TAKDE KAITAN DENGAN WOSH


aku baru balik dari kelantan..kali ni ke Jeli..maaf, ini bukan trip bersama KKS.

"Jeli jadi lokasi perkongsian pintar UPM JELI – Universiti Putra Malaysia (UPM) bercadang menjadikan jajahan Jeli sebagai kawasan anak angkat program pengembangan. Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapa R Abdullah berkata, UPM akan menubuhkan laboratori sosialnya di sini yang akan menyumbang terus kepada pembangunan ekonomi pertanian dan komuniti setempat sebagai kawasan perkongsian pintar.- SinarHarian"

minggu depan ada konferen international (AGREX08) selama 5 hari..kena sentiasa mengembleng usaha membaca NST..kalau tidak " go straight, don't belok-belok"..thehehehe

.:SIVIK:.


arip eksiden..untuk hanya mendapatkan 5 jahitan, beliau perlu menunggu di ruang kecemasan selama 4 jam..dan malam itu juga, kami mengadakan ops di tempat kejadian..oh ya..ade seorang gadis random dari jakarta yang sangat peramah dan bekerja di kedai 24 jam..thehehee


Thursday, May 29, 2008

.:KECICIRAN:.


semalam punya hal juga, arip ade advert pasal ini. bersama kita menjayakan nya. anyway..purse arip sebenarnya ada dalam kereta WPR wan. Rm 300 telah terbang kerana perlu membuat i/c yang baru..aaaaaaaaa'aaaaaaaaaa.....

.:SAKSI:.

semalam..wan hubungi aku dan minta aku dan wafi jadi saksi untuk sign borang perkahwinan beliau. aku dan wafi diberi kepercayaan kerana pengalaman kami menjadi saksi untuk arab satu ketika dahulu. by the way, isu mandi wajib tidak diperlukan jika anda hanya perlu sign dokumen sahaja. ohya..masa nikah nanti, pakaian saksi tidak memerlukan kaler yang sedondon (gambar di atas adalah tidak disengajakan).

Monday, May 26, 2008

.:INVADER:.

minggu-minggu yang lepas agak bz, malahan tido awal juga. aku juga pergi mencuci baju di kedai dobi layan diri..sungguh cool..kamu juga harus cuba. aku pun dah banyak kali miss tengok wayang. kemungkinan aku perlukan DVD player dan pinjam DVD porno dari kawan-kawan. ayuh.