Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, December 11, 2007

.:CANGGUNG:.

bebaru ni aku ke Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri perkahwinan dan menjadi saksi kepada arab...yeahh..

sedia maklum kelantan dah makin maju..tapi remaja sebaya aku jarang nampak kat sana..hmm..merasa juga makanan-makanan yang feymes dan murah kat sana..board advertisment dia pun pakai bahasa jawi dan model dalam iklannya pun pakai tudung..kan cool kalau benda tu apply kat KL juga..sementara aku berada di sana..dapat juga aku kecek kelate sikit-sikit..orang-orang lama kat sana kata kalau nak kecek kelate ni kena belajar slow-slow dulu..heh..barang-barang bundle yang ada kat sini pun lebih rare seperti yang ada kat KL..basikal yang boleh lipat dan kedai baju bundle yang luar biasa banyaknya..

tapi kat sini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan sebab tengah musim tengkujuh...tengah musim hujan...hmm..barang-barang kat Pasar Besar Siti Khadijah boleh tawar-menawar...damn..apsal la aku tak bawak kereta time tuh..


lebih info layari blog KKS

.:SELAMAT PENGANTIN BARU:.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru
kepada
Arab & Liza
(8 Disember 2007)
Semoga Murah Rezeki & Kekal Jodoh Hingga ke Akhir Hayat

Thursday, November 29, 2007

.:LARINGITIS:.

ohh..aku kembali menulis..tapi tak sekerap dulu arr..minggu ni dan minggu depan aku tak duduk opis sangat la..banyak kena hadiri kursus dan handle kursus..damn it..sekarang ni pun aku baru balik dari Daerah Pekan, Pahang..ya..mesti kamu ade dengar cerita aku bertemu lintah bernama boboi..maaf la..kameraman tak amik gambar boboi tu..cuma kerabat dia je..hmm..

Opismate, Siti Hasshura bergaya dengan kerabat Boboi

ahaha..yang menariknya kat Daerah Pekan Pahang ..hasil temu bual aku dengan pemastautin di sana..tidak sah jika kamu tidak merasai Mertabak Mengkasar, Puding Diraja, Opor (daging masak hitam), Samosa Diraja dan lagi yang aku ingat ialah pulut panggang yang dua kali besar dari pulut panggang yang dijual kat KL..oi..aku nak ke jamban jap..semenjak 2 menjak ni ceber je..adoih..kena banyak minum 100 plus ni..

Monday, November 19, 2007

.:METEORIK:.

mari memspike bola tampar..

ahaha..ketawa aku sejenak bila membaca blog dari lesbian penguin..penulisan beliau makin lama semakin macibai ..mungkin selalu sangat makan nasik lemak spenda yang dicedok oleh awek cun yang paling world..ahaha..ohh dengar cite beliau selalu ke gim ntuk membentuk tubuh badan yang ideal agar beliau boleh men dut-dut kan otot..terutama otot2 di bahagian dada...ahahaha..damn it..bercerita pasal orang..aku semakin melupakan aktiviti sukan aku..kini aku sudah tidak boleh mendut-dutkan otot dada aku..ohh..aku perlu bangkit semula..tujuan?..sama seperti tujuan en lesbian penguin jugak..
. "dan pasti akan menawan mana - mana potterhead chicks, gadis2 liar, gadis2 pakai tudung yang pakai sluar ketat nampak spender, mahupun awek cedok nasik lemak yang paling cun didunia- lesbian penguin.."...ahahaha

.:SUSU KOCAK:.

uhh..program yang dikelolakan oleh aku akan berlaku dalam waktu yang singkat ini..sungguh sibuk rasanya diri walhal mengetahui diri ini tidak la sesibuk mana pun...minta maaf arr kepada pengunjung senyap blog ni..pastinya kamu dahagakan penulisan aku ini umpama kamu dahagakan cendol di waktu tengahari...hahaha..pergi la mati..panggilan telefon serta outstation datang bertalu-talu..sesungguhnya itu arr alasan aku untuk melambatkan update blog ini. tak sabar rasanya nak bercuti..kali ini aku n geng KKS target nak menawan Kelantan la plak..ahahah..sediakan la duit poket serta settingkan cuti kamu jika kamu mahu follow trip kami..(ajak-ajak ayam ni)...heh...tetiba lamunan aku dikejutkan oleh opismate aku.."..di..ko dah semayang zuhur ke blum?"..damn it..aku tertido..oh ya..sebz mana pun kamu..semayang jangan tinggal ok..ahahaha

-pic "lubang hidung jennifer garner" by nizo-

Sunday, November 11, 2007

.: ANGKATAN:.

hmm...aku dan geng kelab kembara serdang buat trip ke perak..jika nak tau lebih lanjut tentang trip kali ni..sila layari blog kelab kembara serdang..hehe..trip ni pun dah kira rush jugak sebab aku ada meeting ISO 9001:2000 kat Port Dickson..damn it ..mesyuarat tu mula dari pukul 8.30 pagi sampai 12.00 malam arr..memang rabak mata aku time tuh..uh..aku plak boleh miss last game basketball (team Valiers) aku pada ahad pagi..nasib baik team kitaorang menang ari tuh..ahhh..aku nak sambung tido la...sangap la plak hari ni..


Sunday, November 04, 2007

.:MENOCANG:.

tak sangka..kuku kaki aku telah menunjukkan tindak balas pemulihan yang begitu menakjubkan..kesakitan beransur hilang..cuma ngilu² apabila mengenakan sepatu..ohh..maaf kepada team mate basketball sekiranya aku tak perform pada game² yang lepas...ahahha..kuku ganti pun dah keluar..pasni kuku aku menjadi suci balik..yeahhh..sambil kuis² luka kuku kaki ini..aku sempat menjeling kepada koleksi figura yang aku nak berjinak² nak kumpul..ohh..bila la nak masuk gaji nih...hmm...pasni aku nak cari figura mr ultramen yang baru balik keje bersama rivalnya..si godzilla..ahahaha

.:MENCOLOK MATA:.

argghh..kuku ibu jari kaki mula berdenyut²...tiba masanya aku kena mengepak kuku kaki..sampai tercabut..argghh masa tgh ketip kuku tuh..rasa sakit n ngilu sebab ketip kuku tu terkena kat isi kuku..arghhh..aku rasa pening & nak muntah..cam sial la..so hari ni aku pegi keje x pakai kasut..(maaf...gambar tidak diupload atas sebab² moraliti) ...damn it...tengah buat keje ni..sempat plak aku menghitung hari bila la gaji nak masuk ni..heheh..lambat plak rasanya..nasib baik bulan ni tak pakai boros sangat..kebosanan melayan bebelan makcik² tua ..aku dah mula bayangkan cuti-cuti yang mendatang..kali ni aku nak bercuti ke perak..aku bersimpati kepada kawan² yang kena kerja pada hari kami tengah bercuti ini..heh..selamat bekerja dan selamat hari deepavali kepada kamu..hehehe..

Thursday, November 01, 2007

.:MENG'EKJAS:.

ahh..semua kerja mahu disiapkan cepat lagaknya seperti detasmen..aku macam biasa ..walaupun hati gundah gulana tapi riak mukaku seperti biasa...telefon sana-sini bertanyakan tentang perkembangan serta status perjalanan kerja yang telah diagihkan sebelum ini...biasa la ..bila sampai part ni..semua menuding jari..cheh..pergi keluar sambil melayan sahabat memikat burung di belakang opis..berceritakan kisah cinta kini dan selamanya..ahahaha..bosan la plak..masuk..ingin berchatting...tapi tetap tidak boleh log in...sambil melayan lagu dari Dj Kentaro-Animal Chin...jari-jemari pantas memasukkan password bagi mengelak dilihat oleh opismate..tetapi gagal juga..apahal nih?..aku mula mengetis² mouse..mula tidak tenteram..namun diamati "Local Area Network Disconnected"..macam cilake..aku nak tuding jari kat siapa?

Tuesday, October 30, 2007

.:07734:.

hmm..habis sudah season raya (bagi aku la)...jarang juga dengar bunyi mercun di ruang udara di rumah aku kecuali si wafi jika dia ada lagi stock mercun thunderclap nya..hehehe..cuma sekarang ni ramai plak buat open house..yeah..bagi aku memang bes la jugak sebab dapat save sikit duit belanja aku bulan ni...tapi aku nak minta maaf sekiranya aku tak terpergi ke rumah terbuka kamu..samada aku terlupa ajakan kamu, kamu terlupa nak ajak aku, kamu memang tak kenal aku ataupun aku tak nak pergi..hehehe..ohh..aku ada hobi baru sekarang ni iatu sedang dalam usaha mengumpul figura² untuk menghiasi ruangan hadapan komputer aku..yaa..nampaknya 0.5% gaji aku akan dispendkan untuk membeli figura² comel ini..pasal aktiviti KKS plak..dengar citenya ada aktiviti bulan 11 nih...lihat saja

Sunday, October 28, 2007

.:AL-FATIHAH:.

innalillahi wa innalillahi raajiuun...aku ingin mengucapkan takziah kepada nizo (dgtalwar) dan keluarga di atas kehilangan adik beliau, Allahyarham Khairul Anuar bin Omar pada 26 Oktober 2007 akibat kemalangan di jalan raya. Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama golongan orang2 yg beriman..Amin..Al-Fatihah..

Thursday, October 18, 2007

.:BARA'AN:.

kat umah jasmin, Serdang (sumber gambar dari jasmin)

hmm..pada 16 oktober memang sengal..aku baru balik dari kampung (lega jalan seremban -kl tak jem)..ohh..balik dari kampung memang feel..melihat kanak-kanak barapan keliling kampung..termasuk juga kakak² mereka yang hot² yang terpaksa menjaga adik² mereka..ahahaha...sial je mata aku dah start buat dosa-dosa kecil..bila sampai je umah aku cari komputer..perghh..terasa cam hisap ganja je bila dapat pegang balik kom kat umah..hehe..masa tengah main game ..kepala aku leh pusing nak plan raya umah kawan² team KKS aku yang takde kampung/ baru balik dari kampung..malam tu ramai juga yang turun..start dari umah nizuri kendian ke umah aku, ped, wafi, arab, meen dan last umah pacak..kira² ade la dalam 13 orang yang join..makan tak usah cerita arr...memang marvelous..selepas itu kami main bunga api dan mercun di area hospital serdang..yaaa..hari raya memang bes..tapi yang tak besnya kereta aku kena najis yang masih baru lagi...memang bau cam sial arr..sampai arab pun muntah cam ala-ala CKY ..nasib baik bukan dalam kereta aku lagi..busuk gila..tapi takpe..hal tu dah setel..nampaknya aku kena basuh kereta aku bersih² supaya kita boleh bergembira di umah terbuka satim plak...ahahaha..temmade

tegak batang berdiri keras,
hangat membara dapat dirasakan,
arghhh memancut keluar cecair putih,
aku menjerit... mak, lemang dah masak
- qadier abas

cam sial je aku terima mesej ini di pagi raya..ahahahaha

Wednesday, October 17, 2007

.:KAMPUNG HALAMAN;.


raya ke 2 aku & family bersama-sama gerak dari Serdang ke Gadek, Melaka..ya..sampai kat sana biasa punya aktiviti arr..kalau tak layan cite saiful apek..aku mesti tido punya..takpun gegar kampung si qadir..tapi masa raya ari tu nasib baik dia tak layan mercun thunder clap dia..kalau tak rabak la radiator kereta aku..ahaha..petang tu aku balik kampung balik kendian tolong tengok mak & sedara aku memasak di dapur..petang hujan lebat, jadi secara otomatiknya aku lapar nak mampus..

mari makan mee rebus time hujan2 nih..ahahaha


bersama keluarga di Melaka.

.:RAYA PERTAMA:.

ahahaha..yess..raya dah rupanya 13 oktober ..aku ingat 14 oktober..itu pun bila aku terbaca paper arr..sengal tul..ohya..tahun ni aku beraya di serdang je..ahaha..tu pun kat hospital pasal nenek aku buat minor operation kat lengan dia..masuk grease sendi dia...hmm..raya kat hospital memang cool..siap amik gambar keluarga lagi..sengal tul..

bersama keluarga sebelah mak di Hospital Serdang, Selangor.

mlm sebelum raya aku lepak² ngan nizo sebelum dia nak balik kampung..molan time tu tengah buat parti apa ntah..makan berbuka kami waktu tu banyak gila sampaikan aku tercicir kuewteau yang aku beli..pastu plak lewat mlm skit, aku lepak bersama nizuri, wak norj ngan hambali..lama tak jumpa mereka..sesambil melayan nafsu minum kopi, mengutuk wak norj, nizo & hisap rokok bersama rakan², tetiba mak aku call suruh beli cup kuih almond london arrr..time tu plak kedai banyak tutup..so aku pun tapau cup tu dari hambali..memang sengal betul..kami gelak ketawa sampai mamak kedai tu halau kami sebab dia pun nak buat persediaan raya..cam sial..esok plak semayang raya di masjid UPM...ramai jugak orang perantauan yang tak dapat balik raya ke kampung halaman..tiket dah habis agaknya..huhuhu..lepas semayang ..kami layan dengar khutbah raya di luar masjid sambil layan rokok di siang hari..ahahahaha..balik tu cam biasa la..bermaafan dengan keluarga sambil bertukar² duit raya ..ohh..raya memang cool...nizo bagi duit raya pun cool juga..ahahaha..

ampun dan maaf andainya...
terkasar bahasa,
tersilap bicara,
termarah yang tak kena,
tertanya tak tentu hala,
tersasul yang tak sengaja,
terpukul kat mana-mana,
terpekik ditelinga,
terhantuk dikepala,
terpinjam harta benda,
termoody tak semena-mena,
terumpat bila-bila,
termacam-macam lagi yang kena-mengena
-hambali

Wednesday, October 10, 2007

.:SELAMAT HARI RAYA:.

dengan ingatan tulus ikhlas
maaf zahir & batin
-zaidi-

Tuesday, October 02, 2007

.:MENTEKEDARAH:.

ahha..benda ni dah biasa jadi..time raya je mesti susah nak cari kuew teau goreng basah, nasi pattaya, tom yam, laksa asam..damn..muak sial makan ketupat & lemang..pulak dengan beraneka biskut yang bila makan sure tekak mesti ketat punya..time pagi raya layan arr..tapi start masuk tengahari je menu sama jugak..begitu juga kalau aku pergi ziarah umah ketua kampung..menu yang disediakan juga sama..hmm...raya ni aku dah tekad..nak makan laksa asam dengan ais kacang di Bandar Hilir Melaka pada malam pertama hari raya...ohya...kamu mesti ziarah kampung qadir di Brisu, Melaka..uwan dia rajin buatkan air batu campur homemade...yeahh

Monday, October 01, 2007

.:LIHAT SAHAJA:.

hmm..pada 7 oktober 2007 ni..team KKS nak buat trip bersama rakan2 ke Kelantan & Terengganu..tapi aku dapat berita dari blog KKS ..yang menyatakan setiap kepulauan di pantai barat mengalami musim tengkujuh sampai arr bulan 2 nanti..hmm..nampak gayanya main air kat pergigian pantai aje la...lihat saja...

.:MENGHITUNG HARI:.

huhuh..opis mate aku mula memutarkan lagu-lagu raya..yeahh..terasa cam esok je nak raya..macam2 lagu raya aku dengar sejak opis mate aku putarkan lagu-lagu raya ni..lagu2 raya lama dan berhantu seperti P.Ramlee, Saloma, M.Nasir, Nasir Bilal Khan , err..dan macam2 lagi ahh..hmm...tapi sekarang ni aku tak berkenan ade band yang mainkan lagu raya version rip off..yaa..seperti epitome butterfinger versi ella..lagu tu daripada sedap..terus jadi macibai (ayat nizam nuri)..yaa..seperti parasit..ada plak lagu isabella search sekarang ni dah jadi lagu seloka raya.."ahahaha..tak boleh blah ..macam macibai "kata nizam nuri lagi..(takpe..ko cool)..uhh..makin difikirkan..makin tak siap keje aku nanti. "Aku ingat nak membesarkan telo..." kata nizam nuri sebelum nak cuti raya..yang aku menghitung hari menanti akan raya..yaaa...zzzzzzzzzz....

.:MENCAPAI OZON:.

ohh..tengah menghitung hari ..angkasawan Malaysia akan keluar dari radius lapisan ozon pada 10 Oktober 2007...yeah...langkah permulaan rakyat Malaysia pasni akan meneroka angkasa raya..dan kemudian bila dah maju ..akan wujud perperangan ala-ala starwars..kemudian..aku nampak kamu dah jadi silver surfer.dan rakan-rakan super hero yang lain akibat terkena radiasi..aahahaa..hero memang cool..

Sunday, September 30, 2007

.:LUKU:.

ahh..masa semakin suntuk...ya..takkan kamu tak perasan yang raya sudah hampir tiba..walaupun ada seminggu lagi tapi semangat raya makin meluap-luap..hmm..mungkin aku perlukan cuti sebenarnya..ahaha..aku tidak perlu lama bercuti seperti sahabat kamu kerana selepas raya ni aku ada program gomen di Daerah Pekan, Pahang..oh kepada kamu yang berkampung disana..nantikan kehadiran aku nanti...aku ingin makan ayam golek banyak-banyak.. Sekarang ni banyak betul pendokumentasian yang perlu dilakukan..aku tidak bekerja selama 5 minit seperti sahabat kamu..ya...istilah 'hitam-putih' sebenarnya memudahkan aku dikemudian hari..ohh.. aku tidak boleh lama di sini..aku perlu mendaftar cuti aku secepat mungkin agar aku boleh mem'plan' cuti-cuti aku yang seterusnya..