Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 30, 2007

.:LUKU:.

ahh..masa semakin suntuk...ya..takkan kamu tak perasan yang raya sudah hampir tiba..walaupun ada seminggu lagi tapi semangat raya makin meluap-luap..hmm..mungkin aku perlukan cuti sebenarnya..ahaha..aku tidak perlu lama bercuti seperti sahabat kamu kerana selepas raya ni aku ada program gomen di Daerah Pekan, Pahang..oh kepada kamu yang berkampung disana..nantikan kehadiran aku nanti...aku ingin makan ayam golek banyak-banyak.. Sekarang ni banyak betul pendokumentasian yang perlu dilakukan..aku tidak bekerja selama 5 minit seperti sahabat kamu..ya...istilah 'hitam-putih' sebenarnya memudahkan aku dikemudian hari..ohh.. aku tidak boleh lama di sini..aku perlu mendaftar cuti aku secepat mungkin agar aku boleh mem'plan' cuti-cuti aku yang seterusnya..

Sunday, September 23, 2007

.:AHLI MESYUARAT TINGKAP:.

credit to zahariah..ahahaha..pejadah la mesyuarat tingkap nye..aku dengar khabar² angin yang mengatakan bahawa next gath bakal membawa kita melepak di kepulauan...ahaha..dan semasa main boling, pastikan anda memakan separuh peket kuih batang burok untuk memudahkan anda strike banyak² kali..yeahh..

.:MAJLIS BUKA PUASA REUNION SKS (89-94):.

hmm..yang ni pasal gath @ reunion bebudak Sekolah Kebangsaan Serdang batch '89-'94..pada 22 September 2007..venue di Village View, Bangi ..seramai 35 orang jugak ahh yang hadir pada malam tu..makanan malam itu memang marvelous, masakan melayu-thai..yeahh..semua yang hadir tak banyak berubah..then lepas makan ade amik gambar² kenangan, kemudian ada pertandingan bowling..next reunion?..nak ajak cikgu Sarifudin?..ahahaha

Tuesday, September 11, 2007

.:SELAMAT BERPUASA:.

yeahh..posa sudah kunjung tiba..pasni tak leh la nak lepak² minum pagi kat molan. Nak makan tengahari pun tak leh..pasni memang susah ahh aku nak balik keje sebab manusia akan berkunjung ke pasar ramadhan untuk mencari juadah berbuka..ohh..sudah tiba masanya aku kena naik motorsikal.."wafi..pinjam moto ko..!!"..ehehehe...dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada kamu yang beragama islam..dan tidak lupa juga mana² antara kamu yang beragama islam tapi tak puasa tu..sila hormati agama kami (Islam) ..sekian.

Monday, September 10, 2007

.:AT LAST:.

Blog kelab kembara serdang boleh dilayari di http://kelabkembaraserdang.blogspot.com

Sunday, September 09, 2007

.:RUMPAI:.

ehehe..akhirnya dapat jugak KKS ngan trip kali ni ke Cameron- Ipoh..yeahh...trip kali ni memang santai dan terasa ke'cool'an nye..kali ni En Ped menyertai semula team KKS dan seterusnya akan mengikut setiap trip KKS tanpa banyak cerita..ketika trip ini juga, kami menemui 'pafeng'..seorang hos KKS yang freak..sebuah blog mengenai trip KKS akan dibangunkan..tunggu kan kemunculan beliau..

Thursday, September 06, 2007

.:RENTAP:.

uhhhh...penat2 la plak..mungkin lama tak bersenam dan lari-lari..apa?..main bola?..maap la..takut team kamu kalah nanti..ahh..saat membosankan bila kamu layan astro kat umah sambil baring..ternyata pasni akan tidur..main bowling?...mampu ke menewaskan juara APEEC ni?..tapi..aku masih belum metroseksual seperti kamu..apatah lagi yang mencapai metro tahap 2...ahahaha..

.:OPIS:.

ahaa...akhirnya ramai kawan² aku dah berjaya meletakkan diri dalam suasana gomen..bagaimana suasana kerja di sana?..aircond sejuk nak mampus?..mempunyai kawan² chicks dan makchicks yang suka kipas bos..atau yang tikam kamu dari belakang..?..kerja lebih masa, yang mana kamu buat kerja orang lain?..eheheh..bosan?..takpe..kamu akan biasa selepas ini..ohh..yang aku maksudkan ialah kamu akan biasa ngan terma mengular serta mahu cuti...yeahh..hari ni aku nak cuti..sebab lama aku tak cuti..kamu, kamu, kamu dan kamu kerja elok² ye..kami mahu makan steamboat dan lepak² minum teh yang ketika itu kamu, kamu, kamu dan kamu sedang kerja..ahahaha..takpe..perancangan pasni nak ke Terengganu..pasni jadual kamu tidak bertindan dengan aktiviti gomen kamu ye..ehehehe..

Wednesday, August 29, 2007

.:R&R:.


Lama KKS tak buat trip, plan nak ke Cameron sebelum bulan puasa ini. Cadangnya pada 7 hingga 9 September 2007..pastikan jadual kamu tidak padat pada masa ini..yeah..naik gunung..?..kita consider masa sampai kat sana nanti....temadder

.:MERDEKA:.

31 ogos 2007..dah 50 tahun merdeka..tapi kamu merdeka?..adakah kamu merdeka jika kamu bernama Merdeka?..Adakah kerana kamu merdeka, maka kamu boleh memerdekakan orang lain?..ke kamu boleh pasti ke bahawa aku ni merdeka kalau aku berkenalan dengan orang yang bernama Merdeka?..Dengan melihat iklan kemerdekaan, adakah kamu akan merdeka?..Bangga jadi anak Melayu dan jadi warganegara Malaysia yang merdeka..Selamat Hari Merdeka yang ke-50..jom parti buih di kolam air panas Gadek, Melaka sempena bulan kemerdekaan ini..ayuh..!!

.:GRADUASI:.

Start je 23 hingga 30 Ogos 2007 ni..maka bekas-bekas student pun bergraduasi..ohya..ingin mengucapkan tahniah kepada jasmin yang berjaya menerima skrol fotostat dari naib-naib canselor..untuk pengetahuan kamu, di bukit ekspo, UPM terdapat aktiviti seperti menunggang kuda padi, paintball, pertandingan memancing chicks dan makchicks, aktiviti memancing ikan dan pameran² serta jualan² amal. Maaf..Ferris wheel, kuda pusing², tikam² serta sampan buaian tidak terdapat di sana disebabkan intelektual student yang tinggi daripada kamu yang menyatakan permainan ini hanya untuk budak²...temmade..

.:ANNIVERSARY:.

25 Ogos 2007 merupakan anniversary yang ke-7..dah tunang dah pun sepanjang hubungan ni berlangsung..tinggal nak kawin je..maybe tahun depan?..kamu semua tunggu ahh..

Friday, August 17, 2007

.:BOLA:.

fantasy football..atau bola sepak fantasi jika kita melayukannya..kamu² yang inginkan cabaran serta gantung tak gantung..boleh melayari

http://fantasy.premierleague.com/..

temmade..aku pun belum me
register lagi.. ahaha..bukan goy...cuma aku tak sehebat kamu.."..bodoh...bola tu game untuk lelaki.."..sindir qadir kepada aku kerana tidak lagi meregister bola sepak fantasi ini .

dan aku memetik tagline mr beck.."..esok saja.."

Thursday, August 16, 2007

.:LANCAR:.

memandangkan perancangan Kelab Kembara Serdang untuk travel ke mana-mana sekarang menemui jalan buntu..maka memenuhi aktiviti kami dengan beriadah sambil membuat palat dengan pak guard Mines. Perancangan ke Perak masih dalam perbincangan..harap kamu dapat memeriksa jadual kerja kamu, kami dan kewangan. Dengar ceritanya kenderaan rasmi team KKS untuk trip ke Perak kali ini ialah Honda City Wan, Satria Nizuri dan Kancil Lesbian Penguin...heheh

.:PILATES:.

"sempena Hari Jumaat ni..baik kita santaikan minda sebelum mendengar khutbah Jumaat di Masjid UPM dengan melayari blog saudara arab...ya..jadikan watikah beliau untuk menjadikan hari-hari mendatang kamu lebih bermakna.."..aku memetik kata-kata qadir ketika bersama-sama menghisap rokok di tempat mengambil air sembahyang di masjid UPM. Turut serta dalam agenda mencemarkan alam ini ialah saudara arab sendiri, echam, pacak, nizo serta lain-lain ..yang mana tidak dimentionkan nama mereka..kemungkinan mereka ke masjid lain atau salah masjid..aku memetik kata-kata lesbian penguin yang selesai mengambil air sembahyang ketika itu "...btw thank you and come again :D.."..tak paham aku..

.:MONOLOG:.

episod monolog...menggunakan ekspresi atau dialog wajah untuk memikat makcik, abang² atau chicks² supaya memperolehi apa yang dihajati dengan mudah dan berkesan tanpa perlu prakata atau pembuka bicara..eksesori memainkan peranan sebagai pencetus rasa atau ajinomoto dalam aktiviti permonologan ini...ya..ini akan menyebabkan kamu kelihatan cool serta menjadikan kamu sebagai abang /chick magnet..lesbian penguin memetik dalam ekspresi monolog beliau .."..pergi la mati..."..hehe..

Tuesday, August 14, 2007

.:SELAMAT PENGANTIN BARU:.

hm..bulan ni je ramai opis mate aku kawin..murah rezeki mereka...aku kena tunggu tahun depan..hmm..sejak dua hari ni aku semakin rajin dalam mencari bahan-bahan yang sesuai untuk bacaan kamu..mempunyai unsur-unsur 18sx yang tidak keterlaluan serta penuh harmoni..baru-baru ini nizo dengan kerja sama arip supar dan nizuri bersama-sama menbangunkan kamus serdang maya..yakni etika perbualan ketika berkumpul di Molan. Permainan bowling perlu diadakan ..disertakan dengan piala pusingan..malah perlu juga rancangan cuti-cuti Malaysia bersama-sama team Kelab Kembara Serdang. Rancangan seterusnya ke Perak..asyik terbantut..kamu sibuk?..bangla pun tahu sabtu dan ahad adalah hari cuti..temmade..

Sunday, August 12, 2007

.:DALAM:.

dalam minggu ni je dah pelbagai aktiviti hilang akal telah dilakukan termasuk la main game Grand Theaf Auto-San Andreas sampai kebas sebelah punggung sebelah kanan. Makan-makan, main bowling, main tumbuk2, drift kereta, main game House of Death 2, cubaan nak ambil poster transformers di TGV Mines..serta menjejaki saudara lesbian penguin yang hilang secara tiba² dan misteri semenjak 11 ogos 2007 ni...adakah kerana beliau menjejaki gadis² setelah memperolehi baju Semusim Di Neraka yang cool?..atau memuaskan nafsu di server beliau?.. memetik kata Mohd Sharizal bin Samah."...lebih baik jika kita memilih barangan yang tidak berjenama, tidak mahal tetapi cantik, unik dan bersesuaian dengan penampilan diri,”

Thursday, August 09, 2007

.:KEMBALI:.

Pepagi lagi aku dah selsema dan bulu mata masuk dalam mata..hangin..tapi kena pegi kerja..drive ngan sebelah mata kena tutup sebab pedih gila..dah tu pula berlaku kesesakan lalu lintas gara-gara nak elak bumper..pak guard yang jaga jalan pun tak check apa-apa ..hanya berdiri kacak dengan spek mata baru sambil tersenyum pada awek² student yang sudah mencapai tahap pubertinya tapi aku gembira. aku petik kata-kata Victor Frankl "everything can be taken from a man but one thing: the last of human freedoms-to choose ones attitude in any given set of circumstances, to choose ones own way"...Aku gembira kerana dapat mewarnai kembali penulisan blog aku ni secara kerap seperti kamu buat dahulu. Upacara makan free akan bermula..temmade kamu yang lewat calling aku untuk bersarapan..

.:KELAM:.

hmm..kita hidup untuk makan ..atau makan untuk hidup?...kedua-dua kenyataan ini terbukti kesahihannya apabila rakan2 kamu membelanja makan di chilli's..malam itu kami mengamalkan cara pemakanan "all u can eat"...kerakusan serta kekarnibalan memang tidak dapat disangkal..half-cook...full cook..nasib baik baik tak menunggak air setan..ahahaha...bagus ahh kamu ni dah ade duit sendiri ..berkat kerajinan kerja halal dan haram kamu..ade duit lebih buat belanja kawan dan bayar cukai untuk tampung orang yang bergaji cam aku ni..hmm..kumpul duit untuk kawin dan juga ada yang nak beli kereta..pastikan kamu membeli kereta yang telah diluluskan oleh Puspakom dan telah terbukti kebolehan driftnya di Cameron Highland nanti..makan banyak akan sebabkan kamu cepat mengantuk serta keinginan membuang air besar yang tinggi..aku ingin ke tandas?..siapa mahu ikut?..temmade..