Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, April 27, 2007

.:MARI BERPONCO:.

PONCO - merupakan gadjet yang kurang pentingnya bila masuk hutan, terutama hutan hujan tropika..penggunaan ponco penting agar memastikan kita tidak mudah basah apabila berjalan dalam hujan. Pemakaiannya agak merimaskan tapi kelihatan cool. Ponco juga boleh diconvert kepada khemah sementara agar kita boleh bermalam dimana2 , yang bersesuaian. Malah anda boleh merasakan dengan memakai ponco..anda seperti bersatu dengan alam sekitar.

+ untuk makluman: ponco tidak boleh dijadikan sebagai pelampung keselamatan dan juga tidak boleh dijadikan g-string ketika seluar dalam anda basah. Ianya juga tidak sesuai untuk dipakai di padang pasir.

.:JOM TANIK:.


jika anda merasakan petang anda busan..aku mengesyor anda menonton "Shaun the Sheep" mula jam 7.00 petang di channel 61. Cerita yang penuh emosi serta kasih sayang si gembala kambing biri-biri kepada biri-birinya. moral cerita ni..jangan pakai spender merah..nanti anda dicop sebagai manusia bernaluri songsang...muahaha

Sunday, April 22, 2007

.:GIVE IT TO ME..YEAHH:.


Setiausaha Mesyuarat Pusat APEEC meminta aku mencari maklumat serta kursus-kursus yang boleh dijalankan sepanjang tahun ni..ini kerana APEEC nak membangunkan prospektus bagi aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ni (2007). Ahh...pagi tadi dah jalan2 area Serdang disebabkan nak cari idea apa kursus yang boleh aku 'upkan' unit aku nih..emm..cuma tinggal 17 hari untuk jalan-jalan cari pasal ke Taman Negara Pahang...wohh..wohh

Wednesday, April 18, 2007

.:SEJUKNYA:.

Sekarang ini musim dah tidak menentu..kadang kala hujan kadang kala panas..selalu jugak aku batuk² nih..kekadang selsema. nasib ahh kat opis ni sejuk sikit. Menurut kalender Kelab Kembara Serdang, pada 10-13 bulan 5 ni kami akan buat trip ke Taman Negara, Pahang. Buat masa ni , kena siapkan kerja masing² agar tak bertimbun bila balik nanti..hmm..aku plak skang ni tengah merangka untuk aktiviti yang akan dibuat bila tiba disana nanti..tapi rancangan ni bila sampai sana baru tau apa nak buat. maybe mereka seperti gambar diatas ini akan membuat sesuatu pada unggas² di Taman Negara?..ntah ahh

Monday, April 16, 2007

.:KELAB KEMBARA SERDANG-MELAKA:.

ari tu aku nak kena balik kampung sebab sedara semua ada sana..disebabkan adik aku tak nak follow terpaksa ah aku ajak sebahagian ahli kelab kembara serdang merantau kat kg aku di Gadek, Melaka. Disebabkan pegi naik keta aku..yang sempat aku ajak cuma Qadir, Wafi, Wan dan Nizam Nuri (kepada ahli lain minta maap, mungkin barangkali aku berangapan yang kalian sibuk time tuh). Bertolak kul 8.30 pm dan tiba dalam jam 11pm. Singgah kg, mkn2 daging bakar n coleslow then kami rancang nak mandi air panas yang jauhnya cuma 300 meter dr kg aku. Umpama bermandi sauna..ini pengalaman kami berendam dalam air panas..perghh.keesokan hari kami ke Bandar Hilir Melaka sebelum singgah ke kg Qadir. Pastu sampai KL, singgah Alamanda wafi pegi beli kasut, aku leh layan toilet n petang kami main bola. Mlm aku reput. Sekian

.:HAPPY BESDAY ( 2 APRIL 2007 ):.


Emm..umur dah meningkat menjadi 25 tahun..perkembangan terkini aku dah dapat kerja goverment (UPM).. muahaha..aku kena sesuaikan diri dari dah biasa round² site ke duk lepak dalam opis upgrade blog dan YM..huhuhu..alhamdullillah..murah rezeki aku..nasib ahh tahun ni aku x kena punk'd dengan kelab Mental Serdang..pergh..serik aku tapi best..muahaha..HAPPY BESDAY TO ME ( 2 APRIL 1982 )

Thursday, April 12, 2007

.:SELAMAT BERTUNANG ZAIDI & NUR AIMI:.

Selamat Tahun Baru Cina...yee..pada 18 Februari 2007 merupakan tarikh keramat ni juga aku mengikat tali pertunangan dengan Nur Aimi Abdul Rahim.Upacara yang ringkas tapi meriah ini disertakan dengan majlis sambut menantu bagi bakal abang iparku. Ingin mengucapkan banyak² terima kasih diatas kesudian kalian yang menghadiri dan memeriahkan majlis kami. Semoga panjang umur dan bahagia selalu..pompak..pompak..pompak..

.:KELAB KEMBARA SERDANG-GUNUNG IRAU:.

Kali pertama kali menjejaki Cameron Highland, kami hanya berkeliaran disekitar Tanah Rata dan Brinchang. Tapi kini kami berkeliaran ke kaki gunung Irau sebelum membuat keputusan untuk menakluk puncak gunung Irau tanpa persediaan dari segi fizikal dan mental. Pelbagai halangan dan rintangan, kami berjaya menawan puncak serta mampu berjalan pulang (aku tau cite ni rip off). Oleh itu, kami bercadang akan menaklukinya sekali lagi..dan Gunung Irau ..tunggu lah ..wohhwohh..

.:KELAB KEMBARA SERDANG-PENANG:.


Kelab Kembara Serdang buat trip ke Penang. 8 jam dalam keretapi tanah melayu..memang sengal sampaikan kami dihalau dari meja makan dalam koc sebab terlalu leka bermain kad. Tempat penginapan marvelous serta penuh ngan aktiviti liar (kul 3am onward)..muahahaha..Kami sewa motosikal (rm 30 semalaman)..lalu kami berkeliaran pergi ke Bukit Bendera serta pekan-pekan yang berdekatan dengan bantuan navigator kami, Ariep. Banyak pengajaran serta kegembiraan yang terbit. Kami akan datang lagi dengan lebih ramai ahli kelab yang akan turut serta..tunggu ahh Penang.. calooo.

Sunday, January 28, 2007

.:SANTAI:.


ahahaha...suasana gembira membuatkan diri ini lebih dihargai...samada berada dilautan laut atau dilautan manusia..lupakan segala sengketa, tekanan kerja..yang penting kita dalami episod kegembiraan yang semakin sukar diperolehi ini..


Wednesday, January 17, 2007

.:KELAB KEMBARA SERDANG-CAMERON HIGHLAND:.

SEBAHAGIAN AHLI KELAB KEMBARA SERDANG
serangan ahli KELAB KEMBARA SERDANG pada tempat-tempat yang dikunjung memang tidak dapat dielak lagi..untuk tahun 2007 ini kelab ini mengalu-alu ahli baru yang mahu mengikut serta dalam pengembaraan jula-juli yang akan berlangsung tak lama lagi. sebarang pembayaran deposit tidak diperlukan malah tak perlu dipotong dari diskaun yang sedia ada.. pakej fizikal, mental, rohani dan jasmani disediakan dengan lengkapnya dalam ko-kurikulum kelab ini. Jadi renung²kan dan selamat beramal..

*untuk mendapatkan rakaman 3gp kelab kami, boleh membuat hubungan sulit terus ke:
zaidi +6012.380.7990
wafi +6012.275.3970
qadir +6017.322.3684
one +6012.758.4672

.:BAHANA DRIFT:.



orang kata "sepandai2 tupai melompat..akhir jatuh ke tanah jua"..aku rasakan pepatah tu tepat pada waktunya sewaktu aku mengalami kecelakaan jalan raya..ahaha..tindakan yang hilang akal serta mungkar ketika itu menyebabkan kereta aku masuk workshop ntuk sekian sebulan dan aku kena bayar road tax dengan harga yang tinggi pada tahun ni..
FIN

.:SENAMAN ITU MENYIHATKAN:.

GAMBAR HIASAN: SENAMAN MENYIHATKAN BADAN

lama badan tak bersenam..nak berjoging malas plak...nak buat sit up pun malas nak mampus..tapi sejak main basketball dan bola..stamina makin ok..cuma badan je dah terlebih perform..ahaha..bebaru ni aku ada mengalami kecederaan dibahagian pinggul..sakit bukan kepalang (masa mula² kena la)..dan sekarang ni dah ok sikit cuma tak boleh main laju macam muda² dulu..heh

Monday, January 08, 2007

.:KELAB KEMBARA SERDANG-BAGAN LALANG:.


ahaha..musim 2007 ni membawa kami semua menikmati udara laut. yaa...pada awal perancangan nak ke P.Dickson tapi sebabkan masalah kewangan serta jarak destinasi yang tak masuk akal..maka kami sepakat untuk membawa diri ke Bagan Lalang..sekarang ni Bagan Lalang dah tak macam dulu lagi ..terasa tenang diri ini apabila sepoi² udara laut menghembus ke muka kami..arhh..menikmati desiran ombak serta berjalan dipersisiran pantai merasakan seperti berlakon dalam sembilu kasih..kami bermandi sakan serta pada malamnya pula kami menikmati makanan laut yang fresh..untuk sama² menikmati panorama indah itu..kalian boleh arr merujuk ke nizam omar punya blog bagi melihat suasana serta kegembiraan kami menikmati alam lautan ini.
FIN.

Sunday, December 24, 2006

.:SELAMAT TAHUN BARU 2007:.

pic from:Painters in Paradise
The Masterworks Bermuda Collection
Exhibition on Tour 2006 - 2007
Banana and Flower, Bermuda Houghton Cranford Smith
Selamat datang tahun 2007..dan selamat tahun baru buat anda semua.Pejam celik pejam celik banyak perkara yang berlaku dalam tahun lepas..Umur dah makin meningkat..time ni jugak ade yang pikir nak belajar, ada yang fikir sibuk nak keje, ada yang sibuk mengejar harta dan ada juga yang tengah bersedia untuk mengharungi dunia rumahtangga..ahhh..benda yang lepas² tu sudah la ye..dalam tahun baru ni kena buka buku baru ..azam aku tahun ni ialah nak jadikan azam tahun ni lepas baik dari tahun lepas..heh...Selamat tahun baru..renung²kan dan selamat beramal..