Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 01, 2007

.:MENGHITUNG HARI:.

huhuh..opis mate aku mula memutarkan lagu-lagu raya..yeahh..terasa cam esok je nak raya..macam2 lagu raya aku dengar sejak opis mate aku putarkan lagu-lagu raya ni..lagu2 raya lama dan berhantu seperti P.Ramlee, Saloma, M.Nasir, Nasir Bilal Khan , err..dan macam2 lagi ahh..hmm...tapi sekarang ni aku tak berkenan ade band yang mainkan lagu raya version rip off..yaa..seperti epitome butterfinger versi ella..lagu tu daripada sedap..terus jadi macibai (ayat nizam nuri)..yaa..seperti parasit..ada plak lagu isabella search sekarang ni dah jadi lagu seloka raya.."ahahaha..tak boleh blah ..macam macibai "kata nizam nuri lagi..(takpe..ko cool)..uhh..makin difikirkan..makin tak siap keje aku nanti. "Aku ingat nak membesarkan telo..." kata nizam nuri sebelum nak cuti raya..yang aku menghitung hari menanti akan raya..yaaa...zzzzzzzzzz....

.:MENCAPAI OZON:.

ohh..tengah menghitung hari ..angkasawan Malaysia akan keluar dari radius lapisan ozon pada 10 Oktober 2007...yeah...langkah permulaan rakyat Malaysia pasni akan meneroka angkasa raya..dan kemudian bila dah maju ..akan wujud perperangan ala-ala starwars..kemudian..aku nampak kamu dah jadi silver surfer.dan rakan-rakan super hero yang lain akibat terkena radiasi..aahahaa..hero memang cool..

Sunday, September 30, 2007

.:LUKU:.

ahh..masa semakin suntuk...ya..takkan kamu tak perasan yang raya sudah hampir tiba..walaupun ada seminggu lagi tapi semangat raya makin meluap-luap..hmm..mungkin aku perlukan cuti sebenarnya..ahaha..aku tidak perlu lama bercuti seperti sahabat kamu kerana selepas raya ni aku ada program gomen di Daerah Pekan, Pahang..oh kepada kamu yang berkampung disana..nantikan kehadiran aku nanti...aku ingin makan ayam golek banyak-banyak.. Sekarang ni banyak betul pendokumentasian yang perlu dilakukan..aku tidak bekerja selama 5 minit seperti sahabat kamu..ya...istilah 'hitam-putih' sebenarnya memudahkan aku dikemudian hari..ohh.. aku tidak boleh lama di sini..aku perlu mendaftar cuti aku secepat mungkin agar aku boleh mem'plan' cuti-cuti aku yang seterusnya..

Sunday, September 23, 2007

.:AHLI MESYUARAT TINGKAP:.

credit to zahariah..ahahaha..pejadah la mesyuarat tingkap nye..aku dengar khabar² angin yang mengatakan bahawa next gath bakal membawa kita melepak di kepulauan...ahaha..dan semasa main boling, pastikan anda memakan separuh peket kuih batang burok untuk memudahkan anda strike banyak² kali..yeahh..

.:MAJLIS BUKA PUASA REUNION SKS (89-94):.

hmm..yang ni pasal gath @ reunion bebudak Sekolah Kebangsaan Serdang batch '89-'94..pada 22 September 2007..venue di Village View, Bangi ..seramai 35 orang jugak ahh yang hadir pada malam tu..makanan malam itu memang marvelous, masakan melayu-thai..yeahh..semua yang hadir tak banyak berubah..then lepas makan ade amik gambar² kenangan, kemudian ada pertandingan bowling..next reunion?..nak ajak cikgu Sarifudin?..ahahaha

Tuesday, September 11, 2007

.:SELAMAT BERPUASA:.

yeahh..posa sudah kunjung tiba..pasni tak leh la nak lepak² minum pagi kat molan. Nak makan tengahari pun tak leh..pasni memang susah ahh aku nak balik keje sebab manusia akan berkunjung ke pasar ramadhan untuk mencari juadah berbuka..ohh..sudah tiba masanya aku kena naik motorsikal.."wafi..pinjam moto ko..!!"..ehehehe...dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada kamu yang beragama islam..dan tidak lupa juga mana² antara kamu yang beragama islam tapi tak puasa tu..sila hormati agama kami (Islam) ..sekian.

Monday, September 10, 2007

.:AT LAST:.

Blog kelab kembara serdang boleh dilayari di http://kelabkembaraserdang.blogspot.com

Sunday, September 09, 2007

.:RUMPAI:.

ehehe..akhirnya dapat jugak KKS ngan trip kali ni ke Cameron- Ipoh..yeahh...trip kali ni memang santai dan terasa ke'cool'an nye..kali ni En Ped menyertai semula team KKS dan seterusnya akan mengikut setiap trip KKS tanpa banyak cerita..ketika trip ini juga, kami menemui 'pafeng'..seorang hos KKS yang freak..sebuah blog mengenai trip KKS akan dibangunkan..tunggu kan kemunculan beliau..

Thursday, September 06, 2007

.:RENTAP:.

uhhhh...penat2 la plak..mungkin lama tak bersenam dan lari-lari..apa?..main bola?..maap la..takut team kamu kalah nanti..ahh..saat membosankan bila kamu layan astro kat umah sambil baring..ternyata pasni akan tidur..main bowling?...mampu ke menewaskan juara APEEC ni?..tapi..aku masih belum metroseksual seperti kamu..apatah lagi yang mencapai metro tahap 2...ahahaha..

.:OPIS:.

ahaa...akhirnya ramai kawan² aku dah berjaya meletakkan diri dalam suasana gomen..bagaimana suasana kerja di sana?..aircond sejuk nak mampus?..mempunyai kawan² chicks dan makchicks yang suka kipas bos..atau yang tikam kamu dari belakang..?..kerja lebih masa, yang mana kamu buat kerja orang lain?..eheheh..bosan?..takpe..kamu akan biasa selepas ini..ohh..yang aku maksudkan ialah kamu akan biasa ngan terma mengular serta mahu cuti...yeahh..hari ni aku nak cuti..sebab lama aku tak cuti..kamu, kamu, kamu dan kamu kerja elok² ye..kami mahu makan steamboat dan lepak² minum teh yang ketika itu kamu, kamu, kamu dan kamu sedang kerja..ahahaha..takpe..perancangan pasni nak ke Terengganu..pasni jadual kamu tidak bertindan dengan aktiviti gomen kamu ye..ehehehe..

Wednesday, August 29, 2007

.:R&R:.


Lama KKS tak buat trip, plan nak ke Cameron sebelum bulan puasa ini. Cadangnya pada 7 hingga 9 September 2007..pastikan jadual kamu tidak padat pada masa ini..yeah..naik gunung..?..kita consider masa sampai kat sana nanti....temadder

.:MERDEKA:.

31 ogos 2007..dah 50 tahun merdeka..tapi kamu merdeka?..adakah kamu merdeka jika kamu bernama Merdeka?..Adakah kerana kamu merdeka, maka kamu boleh memerdekakan orang lain?..ke kamu boleh pasti ke bahawa aku ni merdeka kalau aku berkenalan dengan orang yang bernama Merdeka?..Dengan melihat iklan kemerdekaan, adakah kamu akan merdeka?..Bangga jadi anak Melayu dan jadi warganegara Malaysia yang merdeka..Selamat Hari Merdeka yang ke-50..jom parti buih di kolam air panas Gadek, Melaka sempena bulan kemerdekaan ini..ayuh..!!

.:GRADUASI:.

Start je 23 hingga 30 Ogos 2007 ni..maka bekas-bekas student pun bergraduasi..ohya..ingin mengucapkan tahniah kepada jasmin yang berjaya menerima skrol fotostat dari naib-naib canselor..untuk pengetahuan kamu, di bukit ekspo, UPM terdapat aktiviti seperti menunggang kuda padi, paintball, pertandingan memancing chicks dan makchicks, aktiviti memancing ikan dan pameran² serta jualan² amal. Maaf..Ferris wheel, kuda pusing², tikam² serta sampan buaian tidak terdapat di sana disebabkan intelektual student yang tinggi daripada kamu yang menyatakan permainan ini hanya untuk budak²...temmade..

.:ANNIVERSARY:.

25 Ogos 2007 merupakan anniversary yang ke-7..dah tunang dah pun sepanjang hubungan ni berlangsung..tinggal nak kawin je..maybe tahun depan?..kamu semua tunggu ahh..

Friday, August 17, 2007

.:BOLA:.

fantasy football..atau bola sepak fantasi jika kita melayukannya..kamu² yang inginkan cabaran serta gantung tak gantung..boleh melayari

http://fantasy.premierleague.com/..

temmade..aku pun belum me
register lagi.. ahaha..bukan goy...cuma aku tak sehebat kamu.."..bodoh...bola tu game untuk lelaki.."..sindir qadir kepada aku kerana tidak lagi meregister bola sepak fantasi ini .

dan aku memetik tagline mr beck.."..esok saja.."

Thursday, August 16, 2007

.:LANCAR:.

memandangkan perancangan Kelab Kembara Serdang untuk travel ke mana-mana sekarang menemui jalan buntu..maka memenuhi aktiviti kami dengan beriadah sambil membuat palat dengan pak guard Mines. Perancangan ke Perak masih dalam perbincangan..harap kamu dapat memeriksa jadual kerja kamu, kami dan kewangan. Dengar ceritanya kenderaan rasmi team KKS untuk trip ke Perak kali ini ialah Honda City Wan, Satria Nizuri dan Kancil Lesbian Penguin...heheh

.:PILATES:.

"sempena Hari Jumaat ni..baik kita santaikan minda sebelum mendengar khutbah Jumaat di Masjid UPM dengan melayari blog saudara arab...ya..jadikan watikah beliau untuk menjadikan hari-hari mendatang kamu lebih bermakna.."..aku memetik kata-kata qadir ketika bersama-sama menghisap rokok di tempat mengambil air sembahyang di masjid UPM. Turut serta dalam agenda mencemarkan alam ini ialah saudara arab sendiri, echam, pacak, nizo serta lain-lain ..yang mana tidak dimentionkan nama mereka..kemungkinan mereka ke masjid lain atau salah masjid..aku memetik kata-kata lesbian penguin yang selesai mengambil air sembahyang ketika itu "...btw thank you and come again :D.."..tak paham aku..

.:MONOLOG:.

episod monolog...menggunakan ekspresi atau dialog wajah untuk memikat makcik, abang² atau chicks² supaya memperolehi apa yang dihajati dengan mudah dan berkesan tanpa perlu prakata atau pembuka bicara..eksesori memainkan peranan sebagai pencetus rasa atau ajinomoto dalam aktiviti permonologan ini...ya..ini akan menyebabkan kamu kelihatan cool serta menjadikan kamu sebagai abang /chick magnet..lesbian penguin memetik dalam ekspresi monolog beliau .."..pergi la mati..."..hehe..

Tuesday, August 14, 2007

.:SELAMAT PENGANTIN BARU:.

hm..bulan ni je ramai opis mate aku kawin..murah rezeki mereka...aku kena tunggu tahun depan..hmm..sejak dua hari ni aku semakin rajin dalam mencari bahan-bahan yang sesuai untuk bacaan kamu..mempunyai unsur-unsur 18sx yang tidak keterlaluan serta penuh harmoni..baru-baru ini nizo dengan kerja sama arip supar dan nizuri bersama-sama menbangunkan kamus serdang maya..yakni etika perbualan ketika berkumpul di Molan. Permainan bowling perlu diadakan ..disertakan dengan piala pusingan..malah perlu juga rancangan cuti-cuti Malaysia bersama-sama team Kelab Kembara Serdang. Rancangan seterusnya ke Perak..asyik terbantut..kamu sibuk?..bangla pun tahu sabtu dan ahad adalah hari cuti..temmade..

Sunday, August 12, 2007

.:DALAM:.

dalam minggu ni je dah pelbagai aktiviti hilang akal telah dilakukan termasuk la main game Grand Theaf Auto-San Andreas sampai kebas sebelah punggung sebelah kanan. Makan-makan, main bowling, main tumbuk2, drift kereta, main game House of Death 2, cubaan nak ambil poster transformers di TGV Mines..serta menjejaki saudara lesbian penguin yang hilang secara tiba² dan misteri semenjak 11 ogos 2007 ni...adakah kerana beliau menjejaki gadis² setelah memperolehi baju Semusim Di Neraka yang cool?..atau memuaskan nafsu di server beliau?.. memetik kata Mohd Sharizal bin Samah."...lebih baik jika kita memilih barangan yang tidak berjenama, tidak mahal tetapi cantik, unik dan bersesuaian dengan penampilan diri,”

Thursday, August 09, 2007

.:KEMBALI:.

Pepagi lagi aku dah selsema dan bulu mata masuk dalam mata..hangin..tapi kena pegi kerja..drive ngan sebelah mata kena tutup sebab pedih gila..dah tu pula berlaku kesesakan lalu lintas gara-gara nak elak bumper..pak guard yang jaga jalan pun tak check apa-apa ..hanya berdiri kacak dengan spek mata baru sambil tersenyum pada awek² student yang sudah mencapai tahap pubertinya tapi aku gembira. aku petik kata-kata Victor Frankl "everything can be taken from a man but one thing: the last of human freedoms-to choose ones attitude in any given set of circumstances, to choose ones own way"...Aku gembira kerana dapat mewarnai kembali penulisan blog aku ni secara kerap seperti kamu buat dahulu. Upacara makan free akan bermula..temmade kamu yang lewat calling aku untuk bersarapan..

.:KELAM:.

hmm..kita hidup untuk makan ..atau makan untuk hidup?...kedua-dua kenyataan ini terbukti kesahihannya apabila rakan2 kamu membelanja makan di chilli's..malam itu kami mengamalkan cara pemakanan "all u can eat"...kerakusan serta kekarnibalan memang tidak dapat disangkal..half-cook...full cook..nasib baik baik tak menunggak air setan..ahahaha...bagus ahh kamu ni dah ade duit sendiri ..berkat kerajinan kerja halal dan haram kamu..ade duit lebih buat belanja kawan dan bayar cukai untuk tampung orang yang bergaji cam aku ni..hmm..kumpul duit untuk kawin dan juga ada yang nak beli kereta..pastikan kamu membeli kereta yang telah diluluskan oleh Puspakom dan telah terbukti kebolehan driftnya di Cameron Highland nanti..makan banyak akan sebabkan kamu cepat mengantuk serta keinginan membuang air besar yang tinggi..aku ingin ke tandas?..siapa mahu ikut?..temmade..

.:STRATEGI:.


1. How tall are you barefoot?

// kurang 2 meter

2. Have you ever smoked?
// tak hisap sangat ahh..

3. Do you own a gun?
// yeahh..nama dia jenglot

4. Do you hate someone right now?
// kamu

5. Do you get nervous?
// yup

6. What do you think of hotdogs?
// ianya boleh dibeli kat gerai burger Santak

7. What’s your favorite Christmas song?
// suwa suwe good morning

8. What do you prefer to drink in the morning?
// nescafe 3 ini 1

9. Can you do push ups?
// yup..lagi perform kat atas katil

11.What’s your favorite piece of jewelry?
// tersisip kat jari manis Nur Aimi Abdul Rahim

12. Do you like painkillers?
// tak..baik hisap rokok

13. What is your secret weapon to lure the opposite sex?
// lumur madu n coklat cair kat badan..

14. Do you own a knife?
// ada

15. Do you have H.I.V?
//nope

16. Name?

// Zaidi bin Tajuddin

17. Name 3 things u wanna do at this exact moment?
// jumpa gadis nama Nur Aimi Abdul Rahim/ download porn ntuk rakan2/ lepak kat molan

18. Name the last 3 things you have bought lately:
// makanan / pewangi kereta / lighter

19. Name 3 drinks you regularly drink:
// nescafe tarik / sirap bandung /nescafe ais

20. What time did you wake up today?
// 6.30 pagi

22. Current worry?
// jenglot tak stim

23 Current hate?
// kamu

24. Favorite place to be?
// home

25. Least favorite place to be?
// kenduri kawin

26. Where would you like to go?
// bilik tido

27. Do you own slippers?
// ada

28. What shirt are you wearing?
// kemeja metroseksual

30. Favorite color?
// hitam/ maroon

31.Would you like to be a pirate?
// yeah..

32. Last time you had an alcoholic drink?
// takde..

33. What songs do you sing in the shower?
// anak singkong?

34. What did you fear was going to get you at night as a child?
// tengok jenglot dalam seluar tegak berdiri

35.What’s in your pocket/s right now?
// duit / handphone / rokok & lighter / kunci keta ngan umah / stick note / pen / sapu tangan

36. Last thing that made you laugh?
// masa tengok orang ketawa sambil terkentut

37. last thing that made you cry?
// terhempap jenglot masa dia tengah pacak

38. Worst injury you’ve ever had?
// jenglot salah parking

39. Who is your loudest friend?
// kamu

42.Who is your most silent friend?
// kamu

43.last movie watched?
// transformers

44. What is your favorite book?
// "how to make an idiot busy" oleh tamar jalis

45.What is your favorite chocolate
// coklat

47. What song do/did you want played at your wedding?
// lagu kahwin

48. What were you doing 12 AM last night?
// main game then tido

49. What was the First thing you did today?
// start engine kereta

50. What was the last thing you did the day before yesterday?
// download porn untuk kepuasan kamu..temmade

Tuesday, July 17, 2007

.:TIRIH:.

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku. Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku.

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang kerja dalam hutan (tentera darat). Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah kamu dan aku...Dari dua orang ini... kamu SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih...Jadi sedarlah skit.... dahhhh.. pergi buat kerja...temmade...

Monday, July 16, 2007

.:SKS groups ' 94:.

hmm..lama x jumpa kawan2 lama..kawan2 masa sekolah rendah pulak tuh..dulu masing2 berhingus..nak bercinta pun cinta monyet je..takde plak cinta kuda, cinta daun keladi..pejadah..pertemuan bersama2 kawan2 lama menyebabkan misi untuk bermain bowling menentang team lesbian penguin menemui jalan buntu. Petang sebelum misi perlawanan bowling, aturcara telah dibuat dengan teliti serta hadiah untuk juara juga telah ditentukan..kalau dah jumpa kawan2 lama tu..pelbagai persoalan serta perasaan ingin tahu bergejolak diminda separa sedar pada ketika itu. kegembiraan serta hipokrasi memainkan peranan ..ahahah..persetankan..janji aku gembira dapat bertemu bekas teman wanita masa sekolah rendah dulu..gila..mereka sekarang semakin mantap dan hot di mata helang ku ini..ahaha..masa tengah melayan perasaan, teringat plak kata-kata falsafah:

papa1: " jom tong-tong beli mee goreng mamak.."
papa2: " tong-tong apa?..tong gas?..ahahaha"

...dan aku tak gelak la pulak..temmade..

Friday, July 06, 2007

.:TRESSPASSING:.

Kerja yang aku kumpul banyak-banyak ari tu aku dah siapkan awal arr pulak..(gomen yang perform) ..aku buntu..takde idea nak update blog aku ni sebab kamu yang sentiasa dahagakan files 3gp dari aku..temmade..cam tak berbaloi semalam..sempat pulak aku pergi gath kecil-kecilan ngan rakan2 sekolah..gila..banyak cerita yang nak diperkatakan..aku ngan sebahagian team kembara serdang datang sama-sama tengok bola...Sila baca KOSMO! jika kamu nak tau keputusannya malam itu. Hari bersejarah buat aku pasal lama tak jalan round-round naik motosikal, bawak pelan-pelan dengan membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa membelai muka qadir yang menjadi pembonceng aku masa tu..(qadir siap roket mlm tuh)...isi minyak motor kat stesyen minyak, pam tayar motor dan dapat start motor pakai kick start..biarkan kengkawan yang konvoi sama tunggu kitorg lama2..hmm..camna kamu premature ejaculate..so camtu la feeling dia masa bawak motor nih..ahaha.. aku bukan rider macam kamu..bawa moto laju-laju seperti kuzi..tau ahh kamu mempunyai motor yang mempunyai kuasa..ya..kuasa..malah pakai sport rim plak tuh..kamu memang ade duit..jadi kenapa kamu tak boleh belanja aku makan nasik lemak berlaukkan sotong?..lahanat

Thursday, July 05, 2007

.:DEPENDANCY:.

5 julai 2007, kami pergi makan2 ikan siakap masak 3 rasa di yankies hut...kami lepak2 di model rumah kampung.."sial la..ade kucing jantan yang kelaparan kat sini"..kata wan....ikan siakap , ikan kerapu dan ikan pari jadi santapan karnibal kami...begitu juga cendawan goreng, telur dadar, kailan ikan masin dan sup kosong jadi pembuka selera..cuma tomyam daging pilihan qadir menjadi medan kami ntuk mencuci tangan selepas makan...ahahaha..kendian hisap rokok dan bergelak ketawa.. ..4 gelas saiz mummy jadi habuan wan, pacak, alin dan syed pada malam tu..serta malam tu jugak duit koleksion tak mencukupi..temmadee..
*arip layan 3gp malam tu..takleh nak amik gambar..taahheee

Thursday, June 28, 2007

.:SERVICE:.

aku paling busan bila nak naik kenderaan awam ni..ntah ahh kenapa..cam leceh..aku bukan pengguna tegar seperti kamu..petang ni aku nak beli tiket kat hentian pudu...nak ke sabak bernam..nak amik tunang aku ngan kereta2nya skali..ahaha..malam ni (kalau sempat) nak mengelilingi kawasan sabak bernam tu..lokasi yang mengujakan aku ntuk trip Kelab Kembara Serdang kali ini ialah Taman Kelip2, Taman Warisan serta lapangan padi..wau juga ada disediakan ntuk kamu main di lapangan padi tersebut...kamu yang masih tidur pada pukul 12 tghari serta terkunci dari luar rumah...temmade..

Monday, June 25, 2007

.:ANDROGOGY:.

lama tak tulis blog ni..bukan apa..maybe aku selalu sakit perut sebab banyak makan yang bukan² serta pengambilan rokok secara tidak sihat..nak cite pasal keje..malas la plak rasanya..ohya..minggu ni nak tengok transformers the movie..rasa nak cuti2 malaysia pun ade..cadang nak book satu chalet pastu bbq chicken wing ramai2 (pacak..ko sediakan chicken wing)..teman nizo gi temuduga (nizo nampak bergaya ala2 model suar dalam CK)..ahaha..yang ko muka ketat apahal?...ahaha..tunang aku gi tolong pensyarah dia collect data kat sabak bernam..jadi aku dah gersang sekarang ni..sapa nak layan aku?..server(pelayan)?..pergi mampus..aku petik dari dialog makcik ngan budak petang tadi:

budak spender merah : "makcik apsal cucur udang ni sekor udang pun x de?!">
makcik baju hijau: "abih tu yg ko beli cucur badak, ada x badak kat dlmnya?! Camne plak dgn cucur kodok, ade x kodok yg melompat kat ko?!"

*kesal plak aku mendengar dialog ini...

Thursday, June 07, 2007

.:BIOMOLEKULAR:.

ahh..minggu lepas memang banyak rumah orang kawin yang perlu aku hadiri...hmm..makanan yang disediakan amat sedap belaka..sedap hingga sebabkan perut ini dah berfungsi secara tidak normal dalam erti kata lain sepanjang 2 minggu ni 'hasil' pengeluaran tidak begitu memberansangkan ..tidak sia-sia usaha aku tika mengambil pil ciketeun serta air limau suam secara berperingkat..hmm..maka 'terhasil' bentuk solid bahan kumuhan yang dikeluarkan...gila..kamu harus baca bismillah dan basuh tangan sebelum makan ye..

.:DEPRES:.

Kerja seorang researcher adalah sangat memeningkan kepala..kena tengok kamus..kena ubahsuai supaya ayat lebih 'bunga'..perghh..sampaikan aku tengok camna la life diorang ni yea..emm..nasib aku bukan dalam golongan itu..mungkin aku juga tergolong dalam golongan lesbian penguin iaitu suka mengacip research orang lain..yeah..kemudian di ubah suai agar kamu semua yang sedang membaca blog ini lebih faham apa yang cuba disampaikan..terutama kajian mengenai sakit tuan @ puan...masalah² juga timbul hingga kadang-kala menimbulkan rasa kurang senang..tapi atas dasar komunikasi yang bagus serta akal fikiran yang waras..kamu boleh selesaikan seberapa rumit pun masalah itu...seperti gambar diatas...heh..masing aku ingat lagi kata-kata perangsang "..Erin..jom parut kelapa..hahaha.."

Wednesday, June 06, 2007

.:KONTRA:.

suasana tenang..kamu sudah bangun pagi..pergi kerja..punch card pakai kad matrik (apa kes..orang pakai thumb print)..lepak2 dengan kamu sambil makan nasik lemak..ahh..sesungguhnya tak sabar untuk bekerja untuk keesokkan harinya..kerja harus disiapkan dengan cepat supaya aku boleh YM, melayari porn internet (budget suci), serta meng'update' blog supaya kamu boleh membaca blog ini di kala kesunyian..tapi malang..web blog telah di'block' oleh tukang block di tempat kerja aku atau kamu yang 'block' blogger aku..lahanat kamu..lesbian penguin semakin mengganas..begitu juga kamu yang lain..ingin kebebasan serta perhatian?..jom pau rokok wafi serta bercerita mengenai keindahan dunia takde sampah. aku memetik kata-kata puitis dari pacak "..dalam banyak² burger..burger apa yang happy?..."..katanya sambil bergembira..hmm..kamu gila

.:SINTETIK:.

perut memulas..bererti samada aku perlu memakan pil ceketeun atau pun ke tandas..ye mungkin perlu ke tandas..ye mengenai tandas sekarang ni memang tidak perlu disangkalkan lagi..semua orang nak bersih..kamu pun nak tandas yang bersih..tapi kamu kencing berdiri...bagaimana ye..sampah pun banyak di buang dalam lubang tandas..jadi tandas pun sumbat, maka arip suparjo pun menyatakan kekesalan beliau hingga menyebabkan beliau mengambil alasan ini untuk berenti merokok..aku memetik artikel dari Richard McNulty mengenai tandas, ujar beliau " ..for those new to Tango.."Tandas" means a set of similar songs (3-5 usually) that are separated by an interval of completely different music (Cortina) to distinguish each Tandas. Dancing occurs during the Tandas. The Cortina enables dancer to get off the floor and change partners.." hmm..yang nyatanya tandas tidak boleh memuaskan nafsu pacak dan lesbian penguinnya..tapi kamu boleh membawa teman kamu untuk memuaskan nafsu dalam tandas sambil bertango.

.:KEMPEN:.

Sengal plak minggu nih..lama x lepak kedai mamak maulan..aku sekarang lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer opis aku..bukan buat apa pun..cuma sekarang ni aku sedang mencari idea untuk menambahbaik brosur, power point unit aku, buat logo untuk KKS..uhh..nasib baik time pagi-pagi ni ade time nak makan nasik lemak dan layan rokok sepam dua. Minggu ni ingat nak balik kampung..nak mandi bunga dalam tub air panas..huuu..gila tapi realiti. Nak ajak Erin tangkap gambar hantu kat kg Qadir serta nak berkumandang seruan azan ditelaga tinggal ..juga terletak di kg Qadir..hmm..ada baiknya aku melayan kopi tongkat ali kat maulan hari ni..aku perlu kentut-kentut kerana sejak dua menjak ni perut aku dah masuk angin...lahanat yang sedang membaca blog aku ni..mari kita ke molan..aku dapat 2 kotak dunhill 20 dari wafi..bes gila..kamu?

Thursday, May 31, 2007

.:REMEH:.

uhh..sepanjang minggu ni ade la sedikit busan..mungkin aku kurang minum air pada hari-hari berikut..musim hujan dah kembali..Serdang dah sejuk tapi tidak dapat menyejukkan semangat Kelab Kembara Serdang yang nak travel dalam bulan 6 ni..cadangan ke Perak nampaknya ade sedikit masalah..lahanat...

Monday, May 28, 2007

.:LOGO RASMI:.


Kelab Kembara Serdang sedang mencari-cari logo rasmi..sebagai pengenalan diri jika kami membuat trip luar daripada Serdang.Sekarang ini aku memaparkan design yang aku fikirkan sesuai..jikalau kamu semua yang sedang membaca ni merasakan kamu lebih berbakat dari aku ini, adalah amat dialu-alukan kamu menghantar design yang kamu rasakan sesuai. Kemudian kami akan memilih calon design yang menarik bagi membuat sticker kereta, patches, tag, baju ahli kelab dan banyak lagi hatta ketua kampung pun akan menggunakan logo ini sebagai logo kedai burger beliau..ahahaha..ini semua untuk kamu juga tapi kena bayar ahh..apa kamu ingat semua ini free..lahanat..
ciri-ciri ciptaan logo KKS:
mempunyai unsur ketahanan
ringkas
juga boleh distensilkan

*design logo menggunakan Paint & Microsoft word 2003

Friday, May 25, 2007

.:GLOBAL WARMING:.



dah seminggu dah musim panas ni melanda..gila..nak buat camna..semua ni sebab kamu juga punya angkara terutama kamu yang sedang membaca tulisan aku ni...nafsu seks aku menurun sikit di kala tengahari..tapi perform kembali di malam hari..emm..tapi kelemasan akibat panas ni tidak kekal lama sekiranya kamu menyertai kelab kembara serdang..ya..nescaya kamu seperti gambar di atas..tenang dan menggembirakan..muahahaha

Thursday, May 24, 2007

.:SITUASI:.


ehehehh..perlawanan malam tadi menyaksikan Liverpool tunduk kepada AC Milan.. mengakibatkan sesapa yang sokong team kalah terpaksa menanggung risiko, manakala penyokong bagi team yang menang akan melolong kegembiraan. Tahiniah tahniah kepada yang berjaya memprovokasi kepada majikan nye supaya naik gaji agar masa depan nya terjamin..juga tahniah kepada yang berjaya melanjut pelajaran serta dapat biasiswa (duit cukai rakan²) ..juga tahniah yang dapat kerja atau semoga berjaya bagi yang nak apply kerja baru yang dekat ngan Serdang (susah budak serdang kerja jauh² ni)..hmm..juga takziah kepada yang kehilangan ..

Wednesday, May 23, 2007

.:OUTSTATION:.

outstation...outstation..outstation..dari kawan dulu kerja kat Nilai sampai la skang ni kerja kat UPM..asyik kuar je..tapi kawan tak kisah sebab kalau dulu pakai duit sendiri, kereta sendiri (huhuhuh) tapi skang ni kereta unit disediakan..kawan dah tak payah driving kereta sebab ade pemandu..kawan juga dibenarkan lepak di hotel² yang tidak kurang mewahnya..muahaha..kawan juga ade bermain bowling setiap bulan (di sponsor) serta ade sukan antara unit-unit lain..dan juga ade makan-makan dalam unit..free plak tuh..terima kasihlah kepada pembayar cukai terutama rakan-rakan yang bayar cukai kat luar sana..hmmm..kamu memang pembayar cukai yang sejati..

Tuesday, May 22, 2007

.:PAKAR:.



mesti ada masalah dalam hidup kamu dalam amalan hidup seharian..masalah kadang- kala boleh diselesaikan dengan sendiri..tapi lebih afdal jika masalah itu dikongsi bersama..jugak merasakan masalah kamu..akan membawa masalah kepada kami..hmm..adakah faktor komunikasi yang baik membawa ke penyelesaian masalah?..hhmm..memang..memang..memang kamu yang membaca retetan ini memang bermasalah..maka saya mengesyorkan kamu melayari blog adli dan nizam omar kerana mereka pun bermasalah seperti anda. Jalinkan hubungan serta bersama kecapi keindahan bermain layang-layang di petang hari.

.:SG.TEKALA (2003):.




mandi sungai memang menyegarkan..takde yang lagi bes bila mandi ramai² camni..disertakan dengan hidangan BBQ..ahahaha..kamu semua memang hilang akal.

.:MELAKA (2003):.


hahaha..kelab kembara serdang pertama kali mengadakan trip ke Melaka. Gila..masing-masing masih jambu ketika itu..

.:GIGIL:.


Trip ke Taman Negara sungguh menyeronokkan..tapi tak banyak tempat yang boleh kami pergi disebabkan masa, persekitaran serta kewangan yang menghadkan kami ke tempat yang lebih menarik lagi..tempat tinggal serta nasik goreng ayam yang marvelous..hm..cuma kami terkilan apabila penjual burger sanggup meninggalkan kedai burger semata-mata melayan AF5 ..cilake sungguh realiti tv ini. Kali ini kami nak mengadakan trip ke Gunung Nuang..juga akan mengadakan trip menjelajah gua..emm..kami akan terima ahli baru iaitu Adli (pacak) ..setelah terbakar akibat mendengar cerita-cerita karut dari ahli kelab kembara serdang..welcome

Wednesday, May 09, 2007

.:KERJAYA:.

hmm..diusia semakin dewasa ini, kita telah dihimpit dengan faktor yang memerlukan kita bekerja untuk memperolehinya. tak kira la kerja apa pun, yang penting perut kita dan anak orang yang nak kita pelihara perlu diisi. malah jika ingin memiliki aset sendiri pun, kita perlu bekerja..pelbagai kerja boleh dilakukan malah tahan dinding pun kerja jugak..tapi kalau boleh perlulah berkerjaya mengikut lunas agama serta tatasusila diri..pendapatan yang diterima akan menjadi darah daging sampai ke anak cucu. Kalau pendapatan diredhai..selamat dunia akhirat..kalau disebaliknya ...hmm..

Sunday, May 06, 2007

.:CHERITERANYA:.

Minggu lepas aku ulas pasal sapa hero anda..nampaknya ade respon dari blogger2 yang merasakan mereka boleh memberikan komentar mengenai kenapa perlu hero..Nizam & Nizam sedikit sebanyak memberikan komen kenapa mereka merasakan siapa hero..berlaku konflik apabila kita tak perlu hero..sedangkan kita perlu hero dalam menentukan arah hala tuju hidup...?..semua itu persepsi masing². Kita sibuk untuk bertanggungjawab serta ingin menjadi hero untuk kebahagian orang lain..tapi bagaimana tanggungjawab kita terhadap Sang Pencipta?..adakah kita hero?..

.:ASTRO:.


mengikut komentar nizam nuri dalam blog beliau menyatakan yang beliau tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji beliau yuran astro baru-baru ini akibat pertambahan channelnya. Aku jua bersetuju dengan komentar beliau. Adalah berbaloi aku kena bayar lebih semata-mata ingin menonton tayangan tamil atau sukan golf?..damn..kalau tengok channel free, camna mak & abah aku nak tengok AF5?..lebih baik RM5-Rm15 digunakan untuk belanja kawan2 air minuman isotonik setelah penat bermain bola di siang hari..maklumlah minggu ni panas nak mampus.Alhamdullillah...

Friday, May 04, 2007

.:KAMPAI:.


aku amat berbesar hati dan bangga kerana rakan2 ku kini sudah berumahtangga berkerjaya..mari rakan2..kita kampai buat rakan kita Aini Jasmin di atas kejayaan beliau menjawat jawatan Landscape arkitek di salah sebuah firma di Damansara..yey.(tak tau la berita ini betul ke tidak)..papahal pun..jom.kampaaaiii..

Thursday, May 03, 2007

.:HERO:.


ahh..aku baru baca blog nizam nuri tadi..kelihatan beliau menintakan tentang ketidakwujudan hero melayu serta hero-hero buatan yang boleh membuatkan beliau tidak senang dengan propaganda² ini ..menurut pemerhatian aku..kewujudan hero itu penting dalam membentuk peribadi kehidupan seseorang itu...hal ini juga menyebabkan aku memilih untuk. jadi seperti CUPID..yaa..cupid adalah seorang hero..bagaimana pula dengan anda?..


---->sila nyatakan hero yang anda hendaki dan nyatakan kenapa?..