Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, October 30, 2007

.:07734:.

hmm..habis sudah season raya (bagi aku la)...jarang juga dengar bunyi mercun di ruang udara di rumah aku kecuali si wafi jika dia ada lagi stock mercun thunderclap nya..hehehe..cuma sekarang ni ramai plak buat open house..yeah..bagi aku memang bes la jugak sebab dapat save sikit duit belanja aku bulan ni...tapi aku nak minta maaf sekiranya aku tak terpergi ke rumah terbuka kamu..samada aku terlupa ajakan kamu, kamu terlupa nak ajak aku, kamu memang tak kenal aku ataupun aku tak nak pergi..hehehe..ohh..aku ada hobi baru sekarang ni iatu sedang dalam usaha mengumpul figura² untuk menghiasi ruangan hadapan komputer aku..yaa..nampaknya 0.5% gaji aku akan dispendkan untuk membeli figura² comel ini..pasal aktiviti KKS plak..dengar citenya ada aktiviti bulan 11 nih...lihat saja

Sunday, October 28, 2007

.:AL-FATIHAH:.

innalillahi wa innalillahi raajiuun...aku ingin mengucapkan takziah kepada nizo (dgtalwar) dan keluarga di atas kehilangan adik beliau, Allahyarham Khairul Anuar bin Omar pada 26 Oktober 2007 akibat kemalangan di jalan raya. Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama golongan orang2 yg beriman..Amin..Al-Fatihah..

Thursday, October 18, 2007

.:BARA'AN:.

kat umah jasmin, Serdang (sumber gambar dari jasmin)

hmm..pada 16 oktober memang sengal..aku baru balik dari kampung (lega jalan seremban -kl tak jem)..ohh..balik dari kampung memang feel..melihat kanak-kanak barapan keliling kampung..termasuk juga kakak² mereka yang hot² yang terpaksa menjaga adik² mereka..ahahaha...sial je mata aku dah start buat dosa-dosa kecil..bila sampai je umah aku cari komputer..perghh..terasa cam hisap ganja je bila dapat pegang balik kom kat umah..hehe..masa tengah main game ..kepala aku leh pusing nak plan raya umah kawan² team KKS aku yang takde kampung/ baru balik dari kampung..malam tu ramai juga yang turun..start dari umah nizuri kendian ke umah aku, ped, wafi, arab, meen dan last umah pacak..kira² ade la dalam 13 orang yang join..makan tak usah cerita arr...memang marvelous..selepas itu kami main bunga api dan mercun di area hospital serdang..yaaa..hari raya memang bes..tapi yang tak besnya kereta aku kena najis yang masih baru lagi...memang bau cam sial arr..sampai arab pun muntah cam ala-ala CKY ..nasib baik bukan dalam kereta aku lagi..busuk gila..tapi takpe..hal tu dah setel..nampaknya aku kena basuh kereta aku bersih² supaya kita boleh bergembira di umah terbuka satim plak...ahahaha..temmade

tegak batang berdiri keras,
hangat membara dapat dirasakan,
arghhh memancut keluar cecair putih,
aku menjerit... mak, lemang dah masak
- qadier abas

cam sial je aku terima mesej ini di pagi raya..ahahahaha

Wednesday, October 17, 2007

.:KAMPUNG HALAMAN;.


raya ke 2 aku & family bersama-sama gerak dari Serdang ke Gadek, Melaka..ya..sampai kat sana biasa punya aktiviti arr..kalau tak layan cite saiful apek..aku mesti tido punya..takpun gegar kampung si qadir..tapi masa raya ari tu nasib baik dia tak layan mercun thunder clap dia..kalau tak rabak la radiator kereta aku..ahaha..petang tu aku balik kampung balik kendian tolong tengok mak & sedara aku memasak di dapur..petang hujan lebat, jadi secara otomatiknya aku lapar nak mampus..

mari makan mee rebus time hujan2 nih..ahahaha


bersama keluarga di Melaka.

.:RAYA PERTAMA:.

ahahaha..yess..raya dah rupanya 13 oktober ..aku ingat 14 oktober..itu pun bila aku terbaca paper arr..sengal tul..ohya..tahun ni aku beraya di serdang je..ahaha..tu pun kat hospital pasal nenek aku buat minor operation kat lengan dia..masuk grease sendi dia...hmm..raya kat hospital memang cool..siap amik gambar keluarga lagi..sengal tul..

bersama keluarga sebelah mak di Hospital Serdang, Selangor.

mlm sebelum raya aku lepak² ngan nizo sebelum dia nak balik kampung..molan time tu tengah buat parti apa ntah..makan berbuka kami waktu tu banyak gila sampaikan aku tercicir kuewteau yang aku beli..pastu plak lewat mlm skit, aku lepak bersama nizuri, wak norj ngan hambali..lama tak jumpa mereka..sesambil melayan nafsu minum kopi, mengutuk wak norj, nizo & hisap rokok bersama rakan², tetiba mak aku call suruh beli cup kuih almond london arrr..time tu plak kedai banyak tutup..so aku pun tapau cup tu dari hambali..memang sengal betul..kami gelak ketawa sampai mamak kedai tu halau kami sebab dia pun nak buat persediaan raya..cam sial..esok plak semayang raya di masjid UPM...ramai jugak orang perantauan yang tak dapat balik raya ke kampung halaman..tiket dah habis agaknya..huhuhu..lepas semayang ..kami layan dengar khutbah raya di luar masjid sambil layan rokok di siang hari..ahahahaha..balik tu cam biasa la..bermaafan dengan keluarga sambil bertukar² duit raya ..ohh..raya memang cool...nizo bagi duit raya pun cool juga..ahahaha..

ampun dan maaf andainya...
terkasar bahasa,
tersilap bicara,
termarah yang tak kena,
tertanya tak tentu hala,
tersasul yang tak sengaja,
terpukul kat mana-mana,
terpekik ditelinga,
terhantuk dikepala,
terpinjam harta benda,
termoody tak semena-mena,
terumpat bila-bila,
termacam-macam lagi yang kena-mengena
-hambali

Wednesday, October 10, 2007

.:SELAMAT HARI RAYA:.

dengan ingatan tulus ikhlas
maaf zahir & batin
-zaidi-

Tuesday, October 02, 2007

.:MENTEKEDARAH:.

ahha..benda ni dah biasa jadi..time raya je mesti susah nak cari kuew teau goreng basah, nasi pattaya, tom yam, laksa asam..damn..muak sial makan ketupat & lemang..pulak dengan beraneka biskut yang bila makan sure tekak mesti ketat punya..time pagi raya layan arr..tapi start masuk tengahari je menu sama jugak..begitu juga kalau aku pergi ziarah umah ketua kampung..menu yang disediakan juga sama..hmm...raya ni aku dah tekad..nak makan laksa asam dengan ais kacang di Bandar Hilir Melaka pada malam pertama hari raya...ohya...kamu mesti ziarah kampung qadir di Brisu, Melaka..uwan dia rajin buatkan air batu campur homemade...yeahh

Monday, October 01, 2007

.:LIHAT SAHAJA:.

hmm..pada 7 oktober 2007 ni..team KKS nak buat trip bersama rakan2 ke Kelantan & Terengganu..tapi aku dapat berita dari blog KKS ..yang menyatakan setiap kepulauan di pantai barat mengalami musim tengkujuh sampai arr bulan 2 nanti..hmm..nampak gayanya main air kat pergigian pantai aje la...lihat saja...

.:MENGHITUNG HARI:.

huhuh..opis mate aku mula memutarkan lagu-lagu raya..yeahh..terasa cam esok je nak raya..macam2 lagu raya aku dengar sejak opis mate aku putarkan lagu-lagu raya ni..lagu2 raya lama dan berhantu seperti P.Ramlee, Saloma, M.Nasir, Nasir Bilal Khan , err..dan macam2 lagi ahh..hmm...tapi sekarang ni aku tak berkenan ade band yang mainkan lagu raya version rip off..yaa..seperti epitome butterfinger versi ella..lagu tu daripada sedap..terus jadi macibai (ayat nizam nuri)..yaa..seperti parasit..ada plak lagu isabella search sekarang ni dah jadi lagu seloka raya.."ahahaha..tak boleh blah ..macam macibai "kata nizam nuri lagi..(takpe..ko cool)..uhh..makin difikirkan..makin tak siap keje aku nanti. "Aku ingat nak membesarkan telo..." kata nizam nuri sebelum nak cuti raya..yang aku menghitung hari menanti akan raya..yaaa...zzzzzzzzzz....

.:MENCAPAI OZON:.

ohh..tengah menghitung hari ..angkasawan Malaysia akan keluar dari radius lapisan ozon pada 10 Oktober 2007...yeah...langkah permulaan rakyat Malaysia pasni akan meneroka angkasa raya..dan kemudian bila dah maju ..akan wujud perperangan ala-ala starwars..kemudian..aku nampak kamu dah jadi silver surfer.dan rakan-rakan super hero yang lain akibat terkena radiasi..aahahaa..hero memang cool..