Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H


Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Thursday, July 19, 2012

TERAPI JIWA, FIZIKAL DAN MENTAL

salam Ramadhan kepada semua.
selamat mengerjakan ibadah puasa.
mohon maaf segala salah dan silap.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan diberkati Allah S.W.T.
dari
zaidi sekeluarga

Thursday, February 23, 2012

+KEMBALI


blog agak lama bersawang.
kekangan masa serta kemudahan laman sosial menyebabkan blog ini semakin usang ditelan zaman.
hanya baru-baru ini, rancak dalam mengupdate blog ini dan blog ini.
akan kembali merancakkan blog ini tidak lama lagi.

Monday, November 30, 2009

BILA NAK AMBIL CUTI NI

hmm..cuti ganti rupanya tak boleh bawa ke tahun depan. ada baki 8 hari lagi ni. bulan disember 2009 ni banyak dah cuti umum. tidak berkesempatan nak habiskan cuti.

ohya..bila nak travel ni?..ke aku ayat2 poyo je ni?..thehehe

BERSAWANG SUDAH..


lama x update blog ni. agak kesibukan dengan tugasan serta keluarga. akan update bila ada kelapangan. ohya..kalau bosan² tu, boleh la layari blog kelab kembara serdang dan blog puspatani ye!

oh ya..ahmad zaim yang kini berusia 7 bulan sudah pandai :
  • merangkak,
  • sudah tumbuh gigi
  • gemar memegang stereng kereta.
  • tidak suka hisap susu dalam botol
  • gemar rendam lama² dalam tab mandi
  • suka senyum masa tengok cermin
  • tidur lasak
  • boleh buat bunyi raksasa
  • boleh kelip2 mata
  • dan banyak lagi aksi seperti kanak2 seusia dengannya.
  • aksi diatas adalah disengajakan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha atau Haji atau Qurban. Moga-moga Allah memberkati qurban kita selama ini dan yang akan datang. Kepada yang pulang berhari raya, berhati-hati di jalan raya di musim keraian dan hujan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali untuk bertugas. Adalah sunat untuk kita berpuasa pada hari sebelum hari raya qurban. Moga-moga Allah memberikan perlindungan kepada kita semua.

Monday, September 14, 2009

BUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN


12 september 2009 : ada buat majlis buka puasa untuk rakan2 terdekat. majlis bermula jam waktu berbuka dan tamat hingga jam 9 pm, malah ada yang balik jam 12.00 pm. mohon maaf tiada gambar yang boleh ditunjukkan sebab masing-masing sibuk menjamu selera. yang hadir pada hari tersebut:

pembuka selera: kurma, kuih muih
menu utama: nasi arab
menu sampingan: potluck dari rakan2 (lebih2 tu aku buat makan masa sahur)

desert: buah tembikai


kami sekeluarga mohon maaf jika ada kesulitan atau tidak terlayan semasa majlis tersebut berlangsung. semoga majlis ini dapat dijalankan sebagai acara tahunan pada tahun-tahun yang akan datang. terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir pada malam itu.

tahun 2010, kita ke rumah pacak la plak..thehehe

AKIKAH & CUKUR RAMBUT ANAK HAFDZUAN+ FARAH

kredit kepada jasmin, arief dan ninu kerana mengambil gambar semasa program berlangsung.

bersama rakan-rakan yang hadir pada program tersebut:









zaim bersama auntie jasmin

kami sudah, kalian bila lagi?

AKIKAH DAN CUKUR RAMBUT AHMAD ZAIM

episod: akikah dan cukur rambut ahmad zaim zaidi (1 ogos 2009)

alatan yang digunakan untuk upacara mencukur rambut

berzanji dan selawat bersama kariah surau dan jiran tetangga

upacara memotong bermula setelah round mengelilingi kariah (sambil selawat) sebanyak 3 round



hasil setelah di cukur kali ke-2 (kali ni aku yg cukur kepala zaim sampai botak)

Friday, May 08, 2009

SELAMAT HARI IBU

kami mengucapkan "selamat hari ibu"

budak kecik ini semakin susah nak tido malam.


sekarang saya berumur 17 hari.
cuaca agak panas akhir2 ini, jadi ada sedikit ruam di muka.
sedikit ucapan : selamat hari ibu buat mummy saya, Nur Aimi Abdul Rahim..yey


Monday, April 27, 2009

FINALLY

day 1 : ahmad zaim zaidi bersama mummy tercinta

day 1: ahmad zaim zaidi di hospital putrajaya

alhamdulillah..

pada 21 april 2009, Ahmad Zaim bin Zaidi telah selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya, jam 5 pagi.

ibu dan anak sihat² belaka. Kini anak beranak berada di rumah mak mertua di Bangi bagi proses peremajaan semula ibu sepanjang masa berpantang 44 hari ni.

ingin mengucapkan syabas kepada kakitangan Hospital Putrajaya kerana layanan yang first class serta profesionalisme mereka yang tinggi dalam menjalankan tugas sepanjang isteri dan anak aku semasa berada di wad.

tidak lupa juga kepada rakan taulan yang tidak putus² menziarahi isteri dan anak sehingga ke hari ini.

day 5: ceria di waktu pagi