Wednesday, January 30, 2008

.:SAHUTAN:.

Setiap hari Khamis. Kena pakai batik.

Thursday, January 24, 2008

.:MENJIWAI:.


KKS dah popular?..letak link oih..thehehehe

berita seterusnya yang dikacip sini , sini dan seterusnya ke sini

.:PETANG YANG DINGIN:.


Sepetang itu..


Semusim Di Neraka:
Semusim Di Neraka sentiasa menyokong Natasha Hudson.*Gelak jahat*

Adli pacak: Saya menyokong Natasha Hudson kerana dier lawa dan cantik wakakakaka :D

Nizuri: Mulut Natasha Hudson berbau..

Aku: mana kau tau mulut dia berbau ni?..engko ni spoil la..

Nizuri: ko tak tau?..sambil hisap rokok

Aku: aku memang tak tau...engko?..

Nizuri: aku pun tak tau..ahahahaha


Wednesday, January 23, 2008

.:ADVENCER ABG GOMEN:.

biasa la bila tengah-tengah bulan..memang sangap..tambahan pula tengah musim panas..uhh..semalaman kami melepak di kedai mamak..melihat kelibat punggung yang berulang -alik..thehehe..lawa lagi rupanya "gadis-gadis jadian" ..thehehehe..kemudian kami sambung perbincangan kami kembali. Nizuri dah kupas mengenai kes suara azan dalam salah satu lagu terbaru mars volta di sini.


Monday, January 21, 2008

.:BERANAK:.

satu hari..

nizuri: oh..nampak itu. itu helang.
kami: mana ?..oh..seraya kami memandang ke atas
qadir: aaakkkk..aaakkk...qadir cuba membuat bunyi helang. helang yang gersang..thehehe

kemudian..

nizuri: itu mesti tempat eagle feeding. sambil sedut air neskafe ais.
kami: hahahaha..
nizuri: nah..makan ayam ini..kata beliau merujuk ayam= nizo.
nizuri: oh..helang jangan bagi makan ayam..nanti tak boleh beranak..
adli pacak: helang beranak pon boleehh..sambil membuat isyarat bagus..
kami: ketawa..seraya berkata " bertelur laa"..

*moral- tengok Discovery Channel

Thursday, January 17, 2008

.:MENCEBIK:.


Aku sudah beli buku ini. Sinopsis buku boleh diperolehi di sini. Harapan buku yang tidak sesuai untuk dijadikan buku teks sekolah rendah hatta belajar gitar pun ini akan setebal kamus DBP pada masa hadapan tapi harga masih RM 15 (termasuk pos) ..ahahaha..marah naga nanti.


oh!!..kami budak Serdang, Seri Kembangan sangat jeles pada kamu...klik sini

gambar aku plagiat dari ulat buku yang comel

.:TENANGKAN ARI-ARI:.

Pada 24 & 25 November 2007, aku ke daerah Pekan, Pahang. Atas urusan kerja . Istimewanya Daerah Pekan ini terletak pada makanan tempatannya. Tarikan utama Murtabak Mengkasar, Puding Diraja, Samosa DiRaja dan lain-lain lagi. Terkenal juga dengan sajian makanan laut.


Penginapan sini tidak berapa banyak, kamu juga boleh ke Kuantan, hanya mengambil masa 45 minit. Untuk penginapan di Pekan ini, kamu boleh hubungi:

Inderapura resort (09-4267666 / 09-4267669) dan Chief resthouse (09-4226941)

Informasi mengenai Daerah Pekan, Pahang, klik sini.

Monday, January 14, 2008

.:GULA-GULA FANTASIA:.

aaa... sungguh comel melihat orang seorang yang wannabe..pasti akan berasa cool jika dimuat-turun dalam you tube.com. Orang akan mengundi kamu termasuk aku dan kamu akan menang jika memakai skirt paras peha..ahaha..sila lihat sini..lagi cool jika kamu boleh bercakap dengan 'kawan-kawan' seperti nizo lakukan ketika beliau shift malam..aaaaaa

nizo : sok aku keje shift malam

zaidi & pacak:
oh..ok..

zaidi: aku ada cite mistik arr

zaidi
:
toilet kat opis aku lagi satu 'gore' jugak la..

nizo & pacak
:
apsal oih..serentak

zaidi
:..yelah..tempat kencing tu membelakangkan toilet..

nizo
: hmmm..? sambil menyalakan rokok

zaidi
:..opis mate aku bagi tau..masa dia kencing..ternampak juraian rambut kat bawah daun pintu toilet tu..makin lama makin panjang...

nizo & pacak
: ...diam membisu....

zaidi
: bayangkan aku di situasi yang sama..mau aku lari siut..

zaidi
: tapi masa aku nak lari..daun pintu masuk toilet tertutup..bayangkan juraian rambut tapi sentap kaki aku..

zaidi
: terus masuk dalam lubang jamban..

nizo & pacak
: ...diam membisu....

zaidi
: gila la...sambil hirup nescafe.sejuk

nizo
: diam jugak..jadi apa moral cite ko ni?

zaidi :
moral cite ni ......








jangan kencing berdiri








.:SIRI BERCAKAP DENGAN RAKSASA:.


cerita di atas memang tiada kaitan langsung dengan makcik tahi dan kedai tahinya ataupun hal nizo yang terpaksa kerja shift malam sorang-sorang..awas..ada mata yang memerhati..

ahahaha...

Sunday, January 13, 2008

.:ENGKAU SELSEMA?:.

Pagi Isnin yang mula menonjolkan diri memaklumkan yang hari itu aku perlu bekerja...yaaa..aku bekerja pagi dan tidak ada shift petang..serta aku tidak dapat buat OT. seperti setiap pagi hari yang berikutnya...aku selsema..tapi adakah aku seorang yang resdung?..


Selsema


Selsema merupakan penyakit yang paling kerap ditimbulkan kepada ahli farmasi komuniti. Simptom-simptom penyakit ini melibatkan saluran pernafasan atas (dari saluran penafasan yang dinamakan bronkus ke hidung). Penyakit ini biasanya akut dan boleh sembuh dengan sendiri dan selalunya disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Saluran pernafasan atas merupakan tempat jangkitan utama dan biasanya berlanjutan selama 7 hari. Simptom selsema biasanya melibatkan salah satu atau kombinasi tapak-tapak jangkitan saluran pernafasan iaitu hidung, keronkong, laring dan bronkus. Walaupun selsema boleh sembuh dengan sendiri, ia mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tumpuan terhadap kerja. Oleh itu, orang ramai selalunya akan mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan simptom selsema. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak lebih mudah mendapat selsema berbanding orang dewasa. Di sini, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu para pesakit memilih dan menggunakan produk-produk rawatan selsema dan batuk.


  1. Simptom-simptom

    Simptom-simptom penyakit selsema termasuklah batuk, bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala, sakit kerongkong, peningkatan suhu badan, sakit telinga, mata berair dan kesejukan (menggigil).

  1. Kebanyakan pesakit akan mengalami hidung berair, biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat. Penyumbatan hidung berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung.

  2. Iritasi, penyumbatan hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin. Batuk mungkin berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Refleks batuk dan bersin adalah mekanisma pertahanan badan yang biasa berlaku untuk memastikan saluran pernafasan ke paru-paru bebas dari bendasing dan pengumpulan kahak.

  3. Sakit kepala berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinus.

  4. Pesakit selsema juga biasanya akan mengadu panas badan. Tetapi secara amnya suhu badan tidak akan meningkat dan akan sembuh dalam masa seminggu.

  5. Kerongkong menjadi kering dan sakit semasa selsema dan kemungkinan merupakan tanda awal selsema berlaku.

Simptom selsema biasanya berlanjutan selama 7 hari. Sesetengah simptom, seperti batuk, mungkin masih berlaku walaupun selsema telah sembuh.


  1. Bagaimana anda diserang selsema?

  1. Cuaca yang sejuk akan melemahkan pertahanan badan. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

  2. Lemah badan.

  3. Terdedah kepada virus selsema.

  4. Pernah mendapat jangkitan atau reaksi alahan.


  1. Bila anda perlu berjumpa doktor?

    Anda harus berjumpa dengan doktor jika:

  1. Anda mengadu berasa panas dan menggigil kesejukan, sakit otot dan badan. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika suhu badan meningkat melebihi 38.5oC yang disertai dengan batuk berkahak.

  2. Sakit dada.

  3. Jangkamasa simptom berlanjutan melebihi 1 minggu.

  4. Batuk yang berdarah.

    Sakit pada bahagian muka atau bahagian hadapan kepala. Kemungkinan disebabkan oleh sinusitis (sakit pada keliling mata).

  5. Kesakitan yang teruk pada kerongkong terutamanya pada kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Streptococcus’.

  6. Anda mempunyai sejarah:

  1. Asma
  2. Jangkitan Streptococcus
  3. Bronkitis kronik
  4. Demam reumatik
  5. Penyakit paru-paru kronik


  1. Apa yang perlu anda lakukan?

    Pengubatan kendiri bagi selsema adalah bertujuan untuk melegakan simptom-simptom selsema. Tidak terdapat sebarang rawatan dan remedi yang spesifik untuk menyembuhkan selsema. Matlamat rawatan selsema adalah untuk melegakan simptom, mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit dan mengelakkan komplikasi.


  2. Secara amnya, berehat dan mengelakkan keadaan sejuk dapat membantu melegakan rasa selsema. Anda perlu meningkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan) dan membantu pengeluaran kahak. Anda digalakkan menyedut wap untuk melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pengeluaran mukus, membuang hingus dengan lebih dan jangan merokok. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur atau air garam beberapa kali sehari boleh membantu melegakan radangan pada kerongkong. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak tertelan ubat kumur yang digunakan. Anda juga digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan daripada diserang selsema. Bagaimanapun, jika simptom berlanjutan lebih daripada 10 hari atau mula berlakunya komplikasi, anda haruslah berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor anda.
diplagiat dari sini

Thursday, January 10, 2008

.:REPORT IN, TEAM !!:.

Suasana pagi yang indah telah dinonokkan oleh kesesakan jalan yang nak masuk ke UPM..cam sial kejeman nya..masuk opis pun lambat (alasan..sapa suruh kuar umah pukul 8)..uhh..nak diceritakan pasal alasan ini...."alasan adalah untuk orang yang gagal, yang cemerlang menunjukkan hasil"..jadi kesimpulan yang termaktub aku ni seorang yang gagal datang awal tapi cemerlang kerana datang juga ke opis..ahahaha..selsema la plak..adoih...

Tuesday, January 08, 2008

.:CEMAS:.


Semalam aku bermimpi Tim Burton boleh cakap Bahasa Melayu dan kami sama-sama pergi ke kenduri doa selamat kat rumah Nizam Nuri...ahahaha

Tuesday, January 01, 2008

.:SELAMAT TAHUN BARU 2008:.

Menjelang hari yang bahagia ini, aku dengan selamber mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2008 "..moga kalian/ pembaca blog senyap tidak jemu2 melayan nafsu serakah kalian dengan melayari blog aku dan blog KKS.. Perkara baik dan buruk datang dan pergi..episod baru akan bermula..akan bergelar suami yang hot dalam masa beberapa bulan lagi..ahahaha..adakah aku masih sama menjelang tahun baru ini?..atau akan berubah..?..kena ada azam ke?..

.:MARI BERCUTI:.

Wohohoho..lama aku cuti pada bulan Disember 2007 ni, bermula pada 19 Disember 2007 hingga 1 Januari 2008...ni pun pakai cuti ganti..sepanjang percutian aku ni, aku masih juga ke opis tapi feel nak travel ke Kedah lebih kuat pada waktu itu. Plan macam-macam serta mengira budget yang perlu dikeluarkan ketika bersama team KKS. Untuk makluman mengenai aktiviti porno travel kami ke Kedah..sila layari blog KKS. So aku ucapkan pada kalian / blogger senyap..Selamat Bercuti, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Natal dan Selamat Pengantin Baru buat sahabat-sahabat..semoga kalian bahagia dan menikmati keindahan hidup ini. Baiklah..aku perlu keluar makan bersama chenta..jumpa lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

sempena hari yang mulia ini (20 Disember 2007) , aku ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

semoga kalian dimurahkan rezeki dan keberkatan sepanjang hidup kalian.

-gambar diplagiat dari giding.fotopages.com-