Tuesday, July 17, 2007

.:TIRIH:.

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku. Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku.

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang kerja dalam hutan (tentera darat). Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah kamu dan aku...Dari dua orang ini... kamu SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih...Jadi sedarlah skit.... dahhhh.. pergi buat kerja...temmade...

Monday, July 16, 2007

.:SKS groups ' 94:.

hmm..lama x jumpa kawan2 lama..kawan2 masa sekolah rendah pulak tuh..dulu masing2 berhingus..nak bercinta pun cinta monyet je..takde plak cinta kuda, cinta daun keladi..pejadah..pertemuan bersama2 kawan2 lama menyebabkan misi untuk bermain bowling menentang team lesbian penguin menemui jalan buntu. Petang sebelum misi perlawanan bowling, aturcara telah dibuat dengan teliti serta hadiah untuk juara juga telah ditentukan..kalau dah jumpa kawan2 lama tu..pelbagai persoalan serta perasaan ingin tahu bergejolak diminda separa sedar pada ketika itu. kegembiraan serta hipokrasi memainkan peranan ..ahahah..persetankan..janji aku gembira dapat bertemu bekas teman wanita masa sekolah rendah dulu..gila..mereka sekarang semakin mantap dan hot di mata helang ku ini..ahaha..masa tengah melayan perasaan, teringat plak kata-kata falsafah:

papa1: " jom tong-tong beli mee goreng mamak.."
papa2: " tong-tong apa?..tong gas?..ahahaha"

...dan aku tak gelak la pulak..temmade..

Friday, July 06, 2007

.:TRESSPASSING:.

Kerja yang aku kumpul banyak-banyak ari tu aku dah siapkan awal arr pulak..(gomen yang perform) ..aku buntu..takde idea nak update blog aku ni sebab kamu yang sentiasa dahagakan files 3gp dari aku..temmade..cam tak berbaloi semalam..sempat pulak aku pergi gath kecil-kecilan ngan rakan2 sekolah..gila..banyak cerita yang nak diperkatakan..aku ngan sebahagian team kembara serdang datang sama-sama tengok bola...Sila baca KOSMO! jika kamu nak tau keputusannya malam itu. Hari bersejarah buat aku pasal lama tak jalan round-round naik motosikal, bawak pelan-pelan dengan membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa membelai muka qadir yang menjadi pembonceng aku masa tu..(qadir siap roket mlm tuh)...isi minyak motor kat stesyen minyak, pam tayar motor dan dapat start motor pakai kick start..biarkan kengkawan yang konvoi sama tunggu kitorg lama2..hmm..camna kamu premature ejaculate..so camtu la feeling dia masa bawak motor nih..ahaha.. aku bukan rider macam kamu..bawa moto laju-laju seperti kuzi..tau ahh kamu mempunyai motor yang mempunyai kuasa..ya..kuasa..malah pakai sport rim plak tuh..kamu memang ade duit..jadi kenapa kamu tak boleh belanja aku makan nasik lemak berlaukkan sotong?..lahanat

Thursday, July 05, 2007

.:DEPENDANCY:.

5 julai 2007, kami pergi makan2 ikan siakap masak 3 rasa di yankies hut...kami lepak2 di model rumah kampung.."sial la..ade kucing jantan yang kelaparan kat sini"..kata wan....ikan siakap , ikan kerapu dan ikan pari jadi santapan karnibal kami...begitu juga cendawan goreng, telur dadar, kailan ikan masin dan sup kosong jadi pembuka selera..cuma tomyam daging pilihan qadir menjadi medan kami ntuk mencuci tangan selepas makan...ahahaha..kendian hisap rokok dan bergelak ketawa.. ..4 gelas saiz mummy jadi habuan wan, pacak, alin dan syed pada malam tu..serta malam tu jugak duit koleksion tak mencukupi..temmadee..
*arip layan 3gp malam tu..takleh nak amik gambar..taahheee